Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, August 14, 2009

Fancy Cookies

Last weekend aku cuba penuhkan hasrat adik ipar dan juga MIL aku untuk menyediakan 1 door gift untuk majlis cukur jambul anak SIL. Pada mulanya my SIL, nak order kek buah then nak dimasukkan ke dalam bakul door gift. Pikir punya pikir, aku putuskan untuk buat Fancy Cookies resipi Kak Bee. Thanks kak atas kesudian shared. Memang mabeles resipi akak ni.
Memang sudah menjadi kelazimanku untuk membuat sketches apa2 benda yang nak ku buat..supaya senang menjadi rujukanku. Seperti kat atas nilah final sketches for my Fancy Cookies.
Pada mulanya aku ingat nak buat shortbread, tetapi shortbread adunannya lembik walaupun telah dichilled kat dalam fridge. Aku telah menyediakan cookie cutter yang aku buat sendiri dan laminatedkan. Bila nak cut guna pisau, ok tapi bila nak dipindahkan ke loyang tak boleh nak angkat sebab lembik. At last, aku just guna cookie cutter biasa terap, senang sikit.
Untuk shortbread, aku buat 2 adunan..sedap rasanya.Ini yang telah diisingkan. Cepat jugalah buat shortbread ni. tapi rase2nyer kalau ada cookie press lagi cepat kot.hehehe...

Then the next day aku buat pula butter cookie atau pun sugar cookies resipi kak B. Senang membuatnya.Aku buat dalam 4 x ganda adunan fancy cookie tersebut.
Ini pula picture cookies yang telah dibuat border. Selepas ni, bolehlah diletaklah layer royal icing ke atasnya pula.
Ini pula yang baru dilimpahkan dengan royal icing. Kena tunggu kering dulu. Oleh kerana malas, aku masukkan ke dalam oven selama 5 minit untuk mempercepatkan proses. Kemudian, bolehlah dibuat outline sekali lagi untuk final proses.
Mula2 aku nak buat bunga daisy untuk dijadikan sebagai butang kasut. Oleh kerana masa tidak mencukupi, aku terpaksa menggunakan sugarpaste yang siap berbentuk love ini. Betul2 penat time ni. Bayangkan, malam tadi aku sudah stay up untuk sediakan cookies dan terus buat outline hingga pukul 4 pukul pagi. Esok pagi2 lagi pukul 6 aku bangun dan teruskan mendeco sebab pukul 3.00 petang kami sudah nak bertolak balik ke kampung hubby. Lagipun kebetulan anakku yang sulung ada kelas tuition..selamat aku, ada masa lagi. Jumaat tu aku ngan hb ambik cuti untuk buat cookies ni. hb aku nak rest sebab dah beberapa malam dia rushing kerja office. Pagi2 lagi kami ker pasar beli sedikit barang dapur, time tulah my MIL call tanya pasal cookies ni. Balik dari pasar, masak untuk lunch dan dinner sekali harung..kemudian teruslah mengadap cookies ni hingga kul 4 pagi.
Terasa juga kepenatannya, tapi aku puas walaupun takdelah hasilnya cantik sangat kan. Dan sesampainya di kampung, makcik2 dan terutamanya MIL berkali2 cium aku..ntah mungkin dia terharu kot..agaknyalah. Aku terasa seronok juga dapat memberikan kepuasan kepada MIL aku..yelah walaupun dia mak kepada hb ku tetapi aku sudah menganggap dia seperti ibuku juga..malah, sekiranya makcik2 lain tanya siapa aku, dia akan menyatakan aku adalah anak dia bukannya menantu. Alhamdulillah..syukur kepada Allah taa'la yang melimpahkan kami supaya berkasih sayang sebagai insan di dunia ini.
Ini di sugar cookies yang telah siap diwrap.
Manakala yang ini pula adalah shortbread.
Setelah itu, cookies tadi diletakkan ke dalam bakul ini. Bakul ini diperbuat daripada kertas surat khabar. Mother in law my sister in law yang sediakan bakul ini sebanyak 100 buah. Di dalamnya terisi 1 kotak air minuman, sweets 1 pack dan my cookies.

4 comments:

lelayong said...

Whoa!!!!
Teruja tengok cookies yg kak Adda buat,
teliti betul cara akak bekerja..

witch said...

she is one example of a tough lady worth having all the love in the world...

everybody loves her cookies !!! i havent eat my part, its still in my cubicle...too cute to be eaten... :) bravo ruby. hoping to see more of your cute creations. go, go ,go ruby !!!

oh by the way, please sleep early :P

Rabiatun said...

to Witch:
hahaha...what a good comment from u, my dear. since u love my cookies and just hanging it on ur cubicle then let be it's x'pired..hehehehe
Anyway, thanks to be part of my inspirations.

Lelayong:
terima kasih Lela. Cubalah..nnt akak pastekan resipi cookies tu kat sini.thanks.

ery said...

As-salam kak Ruby..Ery nak mintak resepi fancy cookies ni blh x? Ery nk buat bg anak2 yatim la weekend ni..tolong email Ery resepinye ye kak- sufiariantiey@live.com.my..thanks kak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...