Aku dapat tip mencampur warna ni dari FP kak ZatiD'Hati. Thanks akak, kerana sudi berkongsi ilmu dan izinkan saya untuk pastekan kat sini pula yer.
Aku pastekan tip dan info membancuh warna untuk butter cream dan juga fondant ni supaya senang untuk rujukanku dan juga kenkawan yang lain. Semoga ilmu yang dikongsi ini memberi manfaat kepada kita semua.
Tips Dari Kak ZatiD'Hati :
Untuk menjaga konsistensi BC, warna paste dan serbuk adalah lebih baik. Warna paste keluaran wilton dan chef master misalnya, ditutup dengan aluminium foil di atasnya. Untuk memanjangkan hayat warna, lebih baik jangan dibuka foilnya. Anda hanya perlu mencucukkan saja pencungkil gigi menembusi foil untuk mengangkat warna. Paste mempunyai kepekatan yang likat. Selalunya sedikit sahaja sudah memadai. Untuk jadual bancuhan di atas, ada baiknya menggunakan pencungkil gigi atau lidi. 1 calit dikira satu bahagian. Manakala `sentuhan’ cukup dengan mencuit sikit saja warna yang terlekat pada lidi ke atas aising. Gunakan lidi yang baru. Jika anda menggunakan warna-warna yang memerlukan banyak penggunaannya, anda boleh menggunakan pisau bersih. Untuk mengelakkan warna yang tidak sama, anggarkan aising yang mahu digunakan mestilah cukup untuk diwarnakan. Mewarna aising sedikit-sedikit mungkin akan menyebabkan warna yang tidak seragam.
MARI KITA MEMBANCUH WARNA. AHA….
HITAM:
Sekiranya tidak ada paste atau liquid hitam, kombinasi royal blue, merah, oren dan kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Membeli warna hitam bukanlah penyelesaian untuk menghasilkan aising berwarna hitam Berapa banyak pun kita masukkan hitam, kita tidak akan mendapat aising hitam yang sebenarnya. Tipnya – campurkan dark brown colour atau warna coklat ataupun chocolate emulco dengan warna hitam.
(Aku pernah cuba letak warna hitam saja tetapi letak sebanyak manapun tidak dapat hitam legam meskipun disimpan di dalam chiller semalaman. Nyata hitam seperti tidak membiakkan warna. Campuran coklat emulco membantu mendapat warna hitam. Tips ini turut disokong Misliha)
GOLD:
Fp Lynn Hassan menjawab pertanyaan pendeko untuk menghasilkan warna gold. Sedikit warna coklat dicampurkan dengan lemon yellow. Aku mencubanya. Ternyata warna lemon yellow lebih banyak daripada coklat digunakan. Campuran lain yang mungkin boleh membantu ialah 10 bahagian lemon yellow, 3 bahagian oren dan 1 bahagian red.
COKLAT
Campuran merah dan hijau boleh menghasilkan coklat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid di dalam aising, misalnya daripada jus lemon dan cream of tar tar, jadi abaikan penggunaan asid. Juga campurkan ¼ tsp air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam BC untuk menghapuskan ton hijau. (Aku gunakan cara paling mudah, gunakan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko. Ia akan memberi perisa yang melazatkan)
MERAH
Payah untuk menghasilkan warna merah terang? Campurkan pewarna merah ke dalam BC dan simpan 24 jam. Warnanya akan semakin terang dan gelap.(Aku mewarnakan BC dengan warna merah dan simpan di dalam peti untuk beberapa lama untuk kemudahan membuat art writing. Warna merah semakin lama disimpan semakin terang warnanya. Untuk tujuan penyimpanan lama ini, BC tidak dicampur susu kerana BC yang mengandungi susu dikatakan hanya tahan dua minggu sekiranya disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam chiller. Susu akan memberi rasa yang lain pada BC jika lebih dua minggu disimpan)
UNGU
Pastikan campurkan susu ke dalam pewarna. BC tidak akan menjadi warna biru pudar.
PASTEL
Campurkan 2 bahagian putih dan 1 bahagian mana-mana warna pilihan
APRIKOT
2 bahagian oren campur 1 bahagian golden yellow
AQUA
5 bahagian sky blue campur 1 bahagian hijau daun/leaf green
AVOCADO
4 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian leaf green campur sentuhan warna hitam
BURGUNDY
5 bahagian rose pink campur 1 bahagian violet
CHARTREUSE
5 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian hijau daun
RUST
8 bahagian Oren campur 2 bahagian merah campur 1 bahagian brown
COPPER
1 bahagian golden yellow campur 1 bahagian brown campur 1 bahagian christmas red
CORAL
3 bahagian rose pink campur dua bahagian lemon yellow
LAVENDER
5 pink campur 1 bahagian violet
SILVER/GRAY
1 bahagian hitam campur 1 bahagian biru
TURQOISE
6 bahagian biru campur 1 bahagian lemon yellow
TEAL
9 bahagian sky blue campur 1 bahagian lemon yellow
MAUVE
5 bahagian rose pink campur 2 bahagian oren campur 2 bahagian merah dan 1 bahagian hitam
PLUM
1 bahagian violet campur sentuhan chrismas red
MAROON
4 bahagian red dan 1 bahagian burgundy
MOSS GREEN
3 bahagian lemon yellow campur 2 bahagian violet
NAVY BLUE
1 bahagian sky blue campur 1 bahagian violet
GRAPE
1 bahagian sky blue campur 6 bahagian rose pink
No comments:
Post a Comment