Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, December 28, 2011

Ayam Masak Kicap Campur

Assalamualaikum. Hari ni Tun nak post masakan untuk lunch atau dinner plak. Ayam masak Kicap Campur. Resipi dari MamaHawa, Tun sekodeng dari dapur Kak Nor SG. Resipi ni menggunakan Kicap Campur dari resipi Mas Duniaku. Alhamdulillah, rasanya sungguh tak mengecewakan...sungguh sedap dan membangkitkan selera.

Semasa Kak Nor, post resipi ayam ni, memang Tun dah ada sedikit lagi Kicap Campur kat esbox...lebihan dari Tun masak KuewTiaw Haufan resipi dari Mas Duniaku...tapi Tun belum post kat sini resipinya. Tu yang senang, sebab kicap campur dah sediada..terus jer Tun masak Ayam ni. Sedap!

Terima kasih buat semua, Mas, Mamahawa dan juga Kak Nor yang berkongsi resipi dan panjang2kan lagi dan buat Tun teruja nak mencuba. Semoga apa yang di'share'kan akan dapat dimanfaatkan buat semua. Insya-Allah...
AYAM MASAK KICAP CAMPUR
resipi : MamaHawa
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2
1 ekor ayam sederhana besar - diptg, cuci bersih, garamkan & kunyitkan goreng setengah masak
Bawang besar - dihiris kasar2 utk ditabur atas
cili merah & hijau - pun dihiris serong.
secukup kicap campur

Bahan utk ditumbuk halus
1 inci halia
3 - 4 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam biji - kalau nak pedas sikit blh tambah
Rempah tumis 4 sekawan
2 sudu makan tomato sos
2 sudu makan kicap manis
secukup air utk kuah
minyak
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah

Cara2 memasak:
  1. Ayam yg telah dibersih, digoreng separuh masak ketepikan. 
  2. Tumiskan rempah 4 sekawan sehingga harum masukkan bahan2 yg telah di tumbuk halus/dikisar. 
  3. Tumis sehingga wangi baru masukkan kicap campur dlm 2 senduk kecil, tomato sos, kicap manis dan akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng. 
  4. Balikkan sehingga ayam rata dgn sos2x dan kuah kicap mula pekat & berbuih2 baru masukkan sedikit air jika hendak berkuah. 
  5. Rasa masin, manis kuah dah sesuai rasa biarkan ia mendidih sebentar blh lah tutup..taburkan cili merah & hijau dan jgk bawang yg telah dihiris . Siap!
* setelah rempah 4 sekawan wangi, tumiskan cili mesin hingga garing. barulah dimasukkan bahan2 yg ditumbuk dan seterusnya..
Untuk memudahkan, Tun pastekan sekali resipi kicap campur dari Mas. TQ Mas. Tun kopipes dari dapur kak Nor SG tq kak. Tun buat half dari resipi ni.

KICAP CAMPUR
Resepi : MasDuniaku
Sumber : Kak Nor


Bahan :
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto ~ k.nor skip tp gantikan dgn gula nisan

Cara membuatnya :
Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.
Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

7 comments:

K.Nor said...

tun, k.nor dah 2x buat ayam ni.. mmg suka dgn rasanya tu .. sedap kan :)

Anna Qawina said...

kak Tun..sedap betul nampak..rumah ni ayam msk cenggini mmg laku la..

nOOrsha said...

salam.. menyelerakan btol nmpaknye ayam tu posing.. blhla cube kicap campur mas ni nanti... :)

cik cek said...

Nampak sedap lak lauk ayam ni...mkn tengahri lauk cam gini best kan..:)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

WE.....kilat-kilat ayamnya...memang sah sedap...tak yah test confirm sedap

LinRosly said...

Assalamualaikum Tun
Selamat tahun baru 2012


*Kalau masak untuk anak2 ni mesti byk dia org makan...nampak sedap dan menyelerakan!

eina said...

salam..ank2 eina mmg suka klau ada lauk cam gini nih..selera sungguh dorang makan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...