Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, September 7, 2011

NASI BERLAUK VERSI GULAI DARAT AYAM

Assalamualaikum....
Hari ni Tun masak simple mimple ajer..Nasi Berlauk. Nasi berlauk ada 2 lauk iaitu Gulai Ikan dan juga Gulai Darat Ayam. Nasi Berlaluk amat sinonim dengan masyarakat Cik Siti Wan Kembang yang mana ianya dijadikan  sebagai salah satu juadah untuk sarapan pagi di Negeri Kelantan...selain nasi Dagang dan juga Nasi Kerabu terdapat juga Pulut yang dimakan dengan Ikan Masin atau Nisan sebagai breakfast. Kuih muih juga berbeza dari kuih2 untuk sarapan dan juga untuk kuih muih waktu petang.
 Nasi Berlauk sebenarnya nasi yang menggunakan beras biasa ajer, dan ditanak seperti biasa kita menanak nasi..cuma ianya digandingkan dengan Gulai Darat Ayam atau Gulai Ikan yang direbus terlebih dahulu beserta Sambal dan ulam timun.

Sejak dari dulu lagi, orang2 di Kelantan mengambil makanan berat di pagi hari kerana kebanyakan mereka memerlukan tenaga untuk ke kebun, sawah atau ke laut. Memang dah biasa kami makan makanan berat macam ni...dah sinonim kata orang.. :)

Okies, tak mo bebel banyak2 la ehhh..ihihihi..Kali ni Tun buat Nasi Berlauk yang digandingkan dengan Gulai Darat Ayam beserta Ulam Timun dan juga Sambal nya sekali. Insya-Allah lain kali Tun buat versi Gulai Ikannya pula yer. Meh layan Nasi Berlauk hari ni..
Meh layan Nasi Berlauk hari ni..

10 comments:

HomeKreation said...

SAlam Tun. Lauk2 cam ni yg menyelerakan tau....

Deliah's Deli said...

kalau dekat mmg lama dah ceduk nasi sendiri..kecur tgk sambal n gulai tu. :)

fuzidss said...

memang best lauk ni. lagi nasi panas...berpeluh

kzai said...

salam lebaran ruby..menyelerakan tgk nasi berlauk dgn ayam msk gulai..menu ni mmg feberet akak..

Yana Shaiful said...

Salam Kak Tun..terliur la plak tgk nasi berlauk pagi tuu..dh lama xmkn..kna bt sndiri laa klu nk mkn :=)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun..
menyelerakan sungguh tgk nasi berlauk yg tun buat tu.... sedap2!! tgk ada sambal lg tu... terliur tgk

Rabiatun Adawyah said...

Home Kreation : Membuka selera ..kan kak..:)

Deliah's Deli : meh la join sekali.. :)

Rabiatun Adawyah said...

Fuzidss : baunya pun wangi..hihihi..meh la..


Kzai : Salam lebaran jg buat akak...peberet sy juga kak..sama citarasa kita ni, kan kak Zai

Rabiatun Adawyah said...

Yana : W'salam..Yana org Kelantan ker? hihihi..maaf bertanya..buat sendiri puas hati, kan Yana..boleh makan ulang2...Mlm tadi 2 / 3 x tambah dibuatnyer..tak sedar..hihihi...

Rabiatun Adawyah said...

Diana: W'salam Diana, meh la sini..nnt boleh Tun masakkan utk Diana pula..hihihi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...