Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, September 30, 2011

KEK KARAMEL

Assalamualaikum....mohon ampun yer...baru nak bersiaran semula...Hari ni pun bersiaran seketika ajer ni..dek kerana ada tugasan yang menanti. Maklumlah, kat rumah ramai skang ni dan ada program shopping serta jalan2 dengan adik Tun yang no.2. Terima kasih buat yang sudi singgah dan meninggalkan komen.  Insya-Allah Tun akan reply dan BW bila berkesempatan nanti..Harap ampun maaf semua kawan2 semua. Lebiu all. Meh layan kek Karamel ni dulu...
Malam tadi adik Tun dari Kelantan tiba, jadi petang semalam Tun buatlah Kek Karamel ni. Mula2 nak buat Light Blueberry Cheesecake kes terguda cheesecake Izah Daut posing sakan golek2 tu..Bahan2 pun ready..alih2 Kek Karamel ni plak yang jadi..huhuhuhu..Takpelah...nanti nak buat gak cheesecake tu..coming soon..hihihi..
Kesnyer, mula2 Kak Ita Masam Manis la yang bawak virus ni, berani dah cuba buat banyak kali sebelum postkan N3 kek  ni tau..Salute..Salute.....hihihi...memang salute akak sorang ni..Hasil tangannya memang ler berseni sungguh..Ni pun sebab tips yang diberikan..follow seratus peratus..Kalau tak, memang Tun tak berani nak mencuba..hihihih...Fobia wehhh..telur banyak guna..pastu banyak step..Terasa buat kek ni dak dik duk jugak...lebih daripada buat Chiffon Cake.hehehehe...Tapi sebenarnya, tak cuba jer..klu dah try dan follow step yang kak Ita kasi ni memang takde la terasa susah..cuma nak kena try test ler jugak dulu..baru tau, ye tak? hehehehe....Alhamdulillah menjadi...dan sedap gebus..nak potong pun dah macam Slice Cheesecake, kena berhati2 potong,..gebus betul. Family adik Tun pun cakap sedap..

Kek Karamel ni dah merantau jauh dah ni...hingga ker obersea lagik..hihihi...Dah tiba ke Japan nun, W.P Labuan pun tah tiba...Kalau tak caya singgah ler dapur Juwita , takpun leh tengok kat Rumah Diana ., Anna Qawina pun dah try juga ni. Sejak 2 menjak ni duk nampak orang duk post..Kat FB toksah citer la..memang demam kek Karamel ni jugak..hihihihi...

Terima kasih buat Kak Ita, Juwita, Diana dan juga Anna yang telah menambahkan keyakinan Tun untuk mencuba kek Karamel ni. Resipi Tun refer dari Dapur Kak ita, tapi Tun kopipes dari Dapur Ita Juwita..Terima kasih semua..minta halal yer.. ^___^

Kek karamel
Recipe by: Munirah Baharum
Source: Kak Ita dan Juwita

Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan
Bahan Karamel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
  5. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  6. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
  1. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.
Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2 ~ Tun tak letak
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Melapis 
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
  3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  4. Belang- belangkan adunan
  5. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  6. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  7. Akhir sekali dengan satu sudu.
  8. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  9. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  10. Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Tips dari kak Azlita
  1. Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
  2. Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

13 comments:

Azlita Aziz said...

waaaa... jadi dah kek karemel tun.. nampak sangat gebu.. dan macam mengoda akak tuk buat lagi aje kek ni.. aduyaiiii

Anna Qawina said...

nyum..nyum...nnt leh try rsp yg saya baru buat tu ye kak..tang keremel tu jela yg baru, yg kek sama jek..lg puas hati..hehe

Anna Qawina said...

mcm pelangi kaler kek akak..huhu..rajin basuh mangkuk nih..hehe

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,sy pon sma lah kak,antara kek2,ke karamel n slice cis yg duk tergoda sakan,last2 smlm wat juga slice ciskek tu..Cantik marble akak,marble synyer huduh sungguh..Rajin akak basuh mangkuk2 noh,hihi..

Mas said...

merata2 kek karemel...
cantikk la kek kak tun tu...

izahdaut said...

akak dah buattttt.. tak tunggu saya pongg.. hehhe... cantik ahh... trasa2 lagi kesedapan kek ni

Gee® said...

nk join demam karamel jugak laa... heeee....dokn berjaya

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum tun..
wah dah buat dah.. menjadi tuu.. cantik lg gitu.. kek nie mmg sedap sgt.. diana dah 2 kali dah buat.. mmg x jemu makan.. sedap sgt kan tun..

Rabiatun Adawyah said...

Kak Azlita : yer kak..tq tips dan step yg sungguh clear membuatkan tun senang paham..Lebiuuu kak.

Rabiatun Adawyah said...

Anna : yer..hihihi..leh la try..Akak suka part karemel tu..hihihi...

Rabiatun Adawyah said...

Zaliedana: w'salam. Tu lah kan..banyak sangat yg menggoda..tak tahu nak buat mana 1 dulu.hihihi...meh kita tukar..leh merasa ciskek plak..hihihi..bestnyer..akak pun tak pernah try melapis buat ciskek..nnt nak try jugak ler..hhihihi

Rabiatun Adawyah said...

Mas : merantau kan..kek ni..hihihi...

Juwita Jamaludin said...

kak tun cantik.. gebu betul kak ini.. ita pun suka rasa nak buat lagi la.. hik hik hari tu ita buat sikit je .. tapi tula sebab telur banyak takut dacing penimbang naik banyak plak... hihihiihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...