Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, September 27, 2011

Kerabu Betik Nostalgik....

Assalamualaikum...masih N3 tertangguh lagi ni. Hari ni Tun nak cerita mengenai Kerabu Betik yang begitu Nostalgik buat Tun. Terkenang di zaman2 anak dara dulu.  Time tu Tun dah bekerja...kisahnya keluarga hb (masa tu belum hb lagilah...hehehehe...) datang bertandang ke rumah Tun di kampung. Sebelum mereka tiba, Tun balik awal untuk membuat sedikit persediaan. Antaranya menu untuk dijamu kepada tamu nanti.

Pada mulanya Tun nak buat nasi Ayam...pikir2 orang Selangor mesti dah biasa sangat dengan nasi ayam..Terlintas dipikiran untuk menyediakan juadah istimewa Kelantan. Lagipun sure dorang belum biasa...takpe..tawakkal ajelah pada Allah swt. Antara juadah lunch yang Tun senaraikan dan yang Tun ingat, ialah Gulai Darat Ayam dan Kerabu Betik, Teresek ...ada beberapa lagi gandingannya..tapi Tun tak boleh nak recall. Alhamdulillah...hasil tangan keluarga terdekat dapatlah menu ni disediakan dengan sebaik mungkin.

Tun ingat Gulai Darat dan Kerabu Betik ni kerana ia antara dish yang menarik perhatian tetamu..hinggakan lepas kawin pun MIL serta keluarga belah hubby duk sebut2 dan bertanyakan resipinya..hihihihi..Tu yang buat Tun dapat ingat.

Okies, tanpa membuang masa meh kita tengok resipinya...Resipi biasa ajer sebab bahan asasnya sama bagi Kerabu Kelantan ni..tak lari jauh mana..hihihi...cuma tukar bahan utama ajer samada betik, jantung pisang, pucuk paku dan sebagainya.. Masa raya hari tu mak Tun buat Kerabu Peria...sedap woooo...Insya-Allah 1 day Tun akan cuba buat sendiri kerabu peria tu..Apapun, Meh layan kerabu betik dulu..nooo...

Kerabu Betik Kelantan Style
by: Rabiatun

1/2 biji buah betik yang masih keras ~ disagat
4 ulas bawang merah
1 ekor ikan kembung size kecil - dibersihkan dan dibakar tanpa garam
3 tbsp keresek ~ ditumbuk sedikit
2 batang serai - dihiris halus
2 biji cili api - dihiris
sedikit jus limau nipis
sedikit garam
1/4 cawan santan sederhana pekat - optional jika nak ada kuah

Cara:
1). Buah betik yang telah disagat diramas2kan dengan sedikit garam hingga agak lembut. Bilas dan perah airnya. Ketepikan.
2). Tumbuk bawang merah dan serai hingga lumat. Masukkan isi ikan bakar ke dalam lesung dan tumbuk sekali dengan bawang dan serai tadi tu. Tambah garam. Jika suka, boleh tambah sedikit dalam 4-5 biji lada hitam..Tun tak letak.
3). Masukkan betik yang disagat ke dalam mangkuk dan tambah bahan tumbuk, cili api dan sedikit jus limau nipis. Gaul sebati. Rasakan garamnya.
4). Jika suka agak basah, tambahkan sedikit santan, dan gaul sebati. Pindahkan kerabu ke dalam pinggan hidang...dan sedia dinikmati.

6 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalam Tun..
uisshhh... terasa2 kesedapan kerabu betik ni.. nampak pun dah tau mesti sedap!! akak mmg suka kerabu stail Kelantan/Tganu yang letak ikan bakar & santan ni.. mmg best! Mertua akak pun wt kerabu stail gini gak.. antara yg best buat dgn umbut kelapa.. fuhh! teringat masa blk Kelantan umah mak sedara hubby.. dorang buat kerabu dr kacang yg panjang & lebar mcm petai tu.. (kacang parang ke apa yer akak tak pasti namanya.. tp yg pasti kacang tu bentuk mcm petai cuma lebih lebar.. tp takdelah isi mcm petai tu sbb dia masih muda..)Kacang tu dicelur sampai lembut... pastu hiris2 & buat kerabu mcm ni.. berselera mkn dibuatnya..

Gee® said...

baru nak ngendeng kerabu tu, rupanya dah lama buat ek... mengguda laaa...

Sheila Shafeareen said...

Assalamuslaikum...sihat ke...menarik ni tun resepi ni...suka lak resepi kerabu mcm ni..nak buat jugalah tp kena cari betik muda dulu..tentu rasanya manis....x thn kecur rasanya...

HomeKreation said...

Tun,
Ngences ler... tak pernah rasa lagi tp boleh bayangkan sedap nya.... adei, melelh air liur...

Juwita Jamaludin said...

salam kak Tun.. sedapnya kak nampak.. mana nak cari betik ni.. hihihihi nampaknya kena jamu mata je la..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun..
sedapnya.. suka bab kerabu nie... tambah2 lg dr betik... mmg sgt sedap.. lamanya x makan dah kerabu betik nie.. sedap2!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...