Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, September 20, 2011

Angel Hair Lemak Pedas..Again..n' Again...

Assalamualaikum...Menu bekpes lagi ni...ni untuk kira menu berat la, menu sampingannya kuih Lepat Pisang tadi tu..Banyak kali dah buat Angel Hair Lemak Pedas resipi CMG ni..Sejak diperkenalkan dan dipanjang2kan resipinya oleh Kak Nor, Tun ulang buat jer..di samping yang Bolognese ler kan..
Dah 3 hari duk makan spaghetti dengan pelbagai cara memasak..Semalam dah lunch dengan Spaghetti Bolognese, pagi ni layan versi Lemak Pedas plak. Bukannya tekak Tun yag nak makan, tapi anak bujang sorang ni hahhh...si kecik Muqri yang nak makan dan mintak spaghetti..isshhhh...tiap hari plak tuh...Si abang plak nak makan nasik, terpaksa la si emak 2 x masak.. :) Takpelah..janji anak2 kenyang..Syukur alhamdulillah..

Meh layan menu bekpes pd tadi Tun masak untuk hubby...kasi pedas beb..hehehe...Mintak izin sekali lagi untuk Tun letak resipinya yer.. Terima kasih buat CMG dan juga Kak Nor. Jom mamam...

SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
  3. Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
  4. Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

2 comments:

Sofea said...

sedapnyer Tun, kalau anak2 akak tgk mesti suruh buat ni..

Rabiatun Adawyah said...

Kak Sofea, ye lah kak..sedap kan...dah jadi peberet family kiter dah ni..kan kak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...