Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, August 9, 2011

IFTAR DAY 8 : MEE KARI

 Assalamualaikum...menu berbuka semalam..maaflah yer lambat nak letak N3 skang ni..kesibukan melanda...huhuhu...nak BW pun tak berapa nak lepas ni..Kalau ada pun masuk2 sapa hi..hi ajer..Maafkan Tun yer. Lagipun skang ni dah nak start mengukis pula. Maklumlah kan...hihihi.. kang tak sempat nak settle kan orang punya kukis tu plak. Kepada yang sudi tinggalkan komen kat N3 ataupun kat shoutbox, amat Tun hargai..Insya-Allah akan Tun reply secepat yang boleh. Tak lupa juga buat my Followers..Terima kasih banyak2 sudi jenguk teratak kita yang tak seberapa ni..Mekasih tak terhingga.

Apapun jom layan menu berbuka semalam ni. Mee kari resipi Kak Nor Ganu ni..Memang dah jadi peberet family Tun tau.. Banyak kali dah Tun buat, masa makan2 family pun Tun ada guna resipi ni. Leh tengok sini. Sedap dan memang mendapat pujian ramai. Terima kasih buat Kak Nor yang sudi berkongsi resipinya. Minta izin sekali lagi untuk Tun letak di sini ye Kak. Mekasih.
MEE KARI K.Nor Style
resipi: kak Nor
source : Rabiatun @ Sweettouch


Bahan2:
isi ayam, udang, isi kerangfish/chicken ball
4 - 5 sudu cili mesin - (Tun letak 3 sb ajer)
5 - 6 sudu besar rempah kari
5 tangkai daun kari
3 sudu besar kicap (Tun terlupa letak)
4 liter air - (Tun letak 3 liter ajer sbb tak muat piyuk..hihiih..)
1 - 1 1/2 cawan santan pekat
air asam jawa
1 kiub pati ayamsawi
garam secukupnya
1/2 sudu besar gulaminyak

bahan dikisar:
3 bj bawang besar
5 ulas bawang putih
1in halia

bahan sampingan:
mee kuning secukupnyatelur rebus
tauhu ~ digoreng dan dipotong taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
daun saderi ~ dihiris
bawang goreng ~ jika suka
cili merah/cili padi ~ dihiris
limau kasturi/nipis
Cara2:

  1. Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
  2. Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
  3. Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
  4. Masak seketika.
  5. Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan daun kari dan kicap.
  7. Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
  8. Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
  9. Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
  10. Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
  11. Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
  12. Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
  13. Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
  14. Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
  15. Padamkan api.
  16. Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
  17. Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)


Tips dari Kak Nor
* utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
* k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)



4 comments:

Anawahid said...

sedapnya kak tun, siyes!!.. mmg lama x mkn mee kari... ada lg kan?... :)

quinnie said...

kaktun...saya kalau nampak org masak mee kari je mesti teringin nak makan....adusss...susah kalau jadik fanatik kari nih....hehehhe

Anonymous said...

kak tun, kenapa nk simpan 1/2 kuah kari tu ye?leh explain x?

Rabiatun Adawyah said...

Anawahid : sedapkan mee kari..tp sayang ler dear..sumernyer dah selamat..hihihi

Q: samalah ngn akak ni Q, klu nampak org buat mee kari, terasa kecur jer..hihihi..


Anonymous: Dear..sila tinggalkan nama yer next time..tq
Resipi ni agak banyak juga utk 1 keluarga kecil, jd 1/2 kuah dr resipi ni boleh disimpan untuk next time. Jk nak buat lagi, just panaskan balik kuah, dah masukkan lauk2nya ajerlah. Bagi akak 1/2 resipi sudah memadai utk size keluarga akak. Nnt akak edit untuk tidak mengelirukan kat resipi yer. tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...