Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, July 25, 2011

JUS BELIMBING

Semalam (Sabtu), kami sekeluarga ke Site di Subang. Sebelum balik, hubby ada belikan belimbing 2 peket. Murah betul. 1 peket adalah dekat 10 biji buah belimbing, baru beharga $3 sepeket. Dahlah ia fresh dari ladang...bestnyer. Balik tu, Tun bahagikan sedikit pada jiran tetangga yang terdekat.
Hari ni (Ahad), Tun buatkan Jus Belimbing untuk diminum semasa menikmati Lunch. Wallaahhhh...sedap betul. Hasil dari campak2, nasib baik sedap diminum, klu tak sayang la wehhhh..hehehehe....Walau bagaimanapun, anak Sulong Tun kurang gemar jus buah yang fresh camni..biarler sedap macamana pun...kecuali Jus Carrot...Itu ajerlah yang dia minum...Susahnya dia sorang tu.. Ada jugalah dia cuba minum....tak sedap katanya..heheheee...dah tahu sangat citarasa tekak dia..."Okaylah, next time nanti Ibu buatkan jus peberet abang plak yer"....kesian pulak...huhuu..Tun pujuk si abang Nabil.. ^___^
Jus Belimbing

2 biji belimbing - dibersihkan dan potong kecil
2 cwn air masak
2 tbsp susu pekat manis (boleh tambah ikut citarasa)
2 tbsp gula ( ikut citarasa juga)
beberapa ketulan ais

Cara:
1). Blend buah belimbing bersama 1 cawan air masak, susu pekat manis dan gula hingga hancur.
2). Masukkan ais dan blend lagi sekali.
3). Tambah 1 cawan air lagi, dan blend sebati. Sedia dinikmati.
Jom minum...uiksss..tuan rumah tak boleh minum, nak kena tunggu Maghrib kang... >....<


4 comments:

Gee® said...

wah!! sedapnyer...nyaman jer tekak dpt minum jus ni... terlioq la pulak...

Mas said...

nakk segelass...

Cheq Sue said...

aduhhh...kat CH ni belimbing jarang2 nak jumpa.. payah bebenar.tumpang minum sini je la

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum tun...
jus belimbing mmg dah lama x minum dah... teringin plak nak minum tgk jus belimbing yg tun buat nie... nak nak naak :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...