Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, July 6, 2011

INTI KACANG HIJAU

Assalamualaikum

Pagi ni Tun buat kuih Kasturi aka kuih Rengas. Nanti Tun akan update resipinya for next N3. Layan dulu inti kacang merah resipi dari Hasue ni. Tun buat 2 adunan untuk inti ni....reserve for next kuih pula...hihihi...kes malas ni sebenarnya...
 Minta izin letak resipinya ..yer Sue..Terima kasih ^___^

INTI KACANG HIJAU
Resepi : HaSue
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch


Bahan :
  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 atau 1 cawan gula pasir- kemanisan bergantung kepada selera masing2
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang


Cara membuatnya :
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana perlahan.
  4. Apabila sudah mula kering, perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. Untuk memastikan inti sudah masak - kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
  7. inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

2 comments:

Mas said...

dah siap kak inti kuih kasturi tu..
senang nak makan nanti..
tinggal goreng jerk...

izahdaut said...

saya pun suke resepi hasue ni. tingat hubby duk mintak kuih ni. adehh malas bebenor nak mengacau atas api. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...