Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, July 21, 2011

CEKMEK MOLEK

Assalamualaikum..

Selamat pagi. Terkenang masa Tun kecik2 dulu, mak Tun selalu juga buat Kuih Cekmek Molek ni untuk minum petang. Sedapnya kuih yang mak buat...yang pastinya takde jumpa seperti itu di KL ni. Rata2 yang ada kat sini, Cekmek Moleh yang lembik ataupun yang ada letak marjerin..Kurang gemar ler..huhuhu.....Mak Tun selalunya buat versi yang original, maklumlah Kelantan, kan..dulu2 mana ada tambah marjerin pun...sebab tu kami lebih sukakan resipi yang original. 
Apa yang menghairankan Tun, mak Tun buat selalunya rangup kulit luarnya, namun isi kuih belah dalam tetap lembut. Begitu juga yang ada dijual de gerai2 di kampung...camtu jugak. Pernah Tun buat sekali dulu, lembik dan tak garing kulit kuih ni..At last Tun dapatkan tips dari Mak Tun. Rupa2nya, kena goreng dengan api sederhana pada mulanya hingga agak2 isinya masak baru kuatkan sedikit api untuk membuatkannya garing di luarnya tuh..huhuhu...Nanti Tun letak beberapa tips kat bawah..
Meh kiter stadi sket nama kuih ni ehhh...Kuih tradisi Kelantan...Cekmek Molek...selalu nama Cekmek Molek ni digelarkan kepada gadis Kelantan....Cekmek bagi gadis dan Molek adalah sedap mata memandang aka Comey.....camtula sedikit sebanyak nama Cekmek Molek nih dari pemahaman Tun. huhuhuh..
Jom kita tengok resipinya plak..Memandangkan resipi yang mak Tun buat, lebih kurang ajer dgn Makyong, jadi Tun kopipes ajerlah resipi dari Makyong MyR. Terima kasih bayak Makyong.. ^___^

Cekmek Molek
resipi :Makyong@myresipi.com
sumber : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan: (12-13 biji)
  • 2 cawan ubi keledek (yg telah direbus dan dilecek) 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • gula 
  • minyak untuk menggoreng 

Cara-cara
  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.
Tips dari Mummy Tun:
  1. Setelah letak gula di dalam kuih, pastikan jangan terlalu golek2kan kat tapak tangan sebab gula di dalam tu akan jadi cepat cair dan kuih akan pecah apabila di goreng.
  2. Apabila menggoreng, pastikan guna api yang sederhana sehingga agak2 kuih 3/4 masak, kemudian, kuatkan sedikit api untuk menjadikan kulit luar kuih cekmek molek garing.

      8 comments:

      izahdaut said...

      kak tunn..comelnya cekmek molek kak tun ni. mentuk cantikk. uishh terliur lak bila akak cakap kuih mak kak tun gitu. sedap nyer.. gitu la yang best kan

      che'iza said...

      Akakkkkkk... Ni hah dtg bawak kerepek pisang sebalang....

      Betapa sopan dan kemasnyer Cek Mek molekmu itew kak.... Lama tak makan ni.... nak 13 ketui kak...

      Cheq Sue said...

      piwittt... ahaaaaiiiiiiiii cek mek molek... nak satu!

      ..::tarabozu::.. said...

      kak tun..

      sedapnyer.. dah lama x makan cek mek molek ni..leh try ni..

      Rabiatun Adawyah said...

      Izah..yer Izah...suka bab garing kat luar, lembut di dalam...hihihi

      Rabiatun Adawyah said...

      Che'iza: ooohhhh..terima kasih banyak, leh la mkn wat nonton nnt nih..hihihi..

      Boleh ajer Iza wehhh...meh la..

      Rabiatun Adawyah said...

      Cheq Sue : pewiiiitttt...1 cukup ker tue Sue? hihihi

      Rabiatun Adawyah said...

      Tarabozu: Samalah kiter Zu, silakan Zu..hhihihi..mesti besttt..

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...