Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, June 27, 2011

Nasi Ayam Chef Wan

~Assalamualaikum~
Petang ni tak larat nak pot pet banyak ler...badan terasa panas2 aje ni macam nakdemam pula..huhuhu....Thanks kak Ita serta Kak Ummi untuk resipinya. Thanks juga buat Chef tersohor iaitu Chef Wan di atas resipi ni. Sebelum ni Tun duk buat resipi lain, rasa2nya, resipi ni agak berbeza sikit dari segi rasa..Terima kasih kak Ummi di atas resipi sos lada..anak2 Tun pun suka. Layan ler nasi ayam ni yer. Salam...
NASI AYAM CHEF WAN
Sumber: Nur @ Fiqah99
cnp dari: Kak Ita dan juga Kak Ummi Kuantan

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

  • 1/2 cawan marjerin (akak tukar mentega)
  • 2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
  • 2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
  • 4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
  • 5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam
Cara-Cara:-

  1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
  2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
  3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa hingga nasi kering dlm rice cooker tuh)

Ayam Bakar
Cara menyediakan ayam:-

  • 1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua - direbus dalam air yang didih perlahan hingga separuh masak.
  • Garam
  • Lada hitam yang baru dikisar
  • 2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar marjerin
Cara-Cara:-
  1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Kemudian lumur pula dengar marjerin.
  2. Bubuh ayam di dalam dulang pembakar. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
  3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

Sup Ayam

Untuk sup ayam ni, Tun ambil dari air rebusan ayam tadi tu. Letak rempah sup, kiub ayam, kentang dan karot.
Sos Lada

Bahan Sos Lada kak ummi

  • 5 - 6 biji cili merah
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 inci halia - diketuk
Blend semua bahan kecuali halia. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan halia ketuk. Masak sebentar di atas api perlahan hingga didih. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi ayam.

10 comments:

Mas said...

bestnya nasi ayam...
nampak sedapp sangat,....

che'iza said...

Ghajinnyer kak.... jeles.... hehehheh nak sikit boleh

nuwairani ismail said...

haih....seksinya ayam tu! amat menggoda anak tekak la...

norlie said...

wo ...nampak je terus jadi kempunan ni...

Rabiatun Adawyah said...

Mas: sedap gak Mas..hehehe..mekasih

Rabiatun Adawyah said...

Che'iza : maleh gak sebenarnyer Iza..malas2 pun kena masak juger, kan..hihihi..buleh...amik ler.. :)

Rabiatun Adawyah said...

Rani: tu la kan, seksi plak siap nampak peha lagi tu..hihihi...Terima kasih..

Rabiatun Adawyah said...

Norlie : jgn la sampai kempunan..hihihi...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun..
wah kat cnie pun ada nasi ayam ... fav nie... sedapnya...

Rabiatun Adawyah said...

w'salam..buat nasi ayam senang, kan..pakej siap sekali sayur, lauk dan sup..mudah kerja..hihihi...terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...