Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, June 15, 2011

CILI HIJAU GORENG UDANG PEDAS

~Assalamualaikum~
Menu malam ni, Tun masak Udang dengan cili hijau ni. Sedapnyer sebab Tun memang suka makan cili hijau..bukan cili api yer...cili besor ajer.hehehee...

Hasil dari sekodeng ke rumah Hasue siang tadi, menggoda betul tengok udang ni..apatah lagi ada cili hijau kegemaran Tun. Lagipun Tun pernah mencuba resipi Hasue iaitu telur dengan cili hijau , sedap gak. Makin membuai rasa nak mencuba tu kian meluap2 jadinya plak ehhhh...hehehe...Alhamdulillah, sedap.
Mintak izin letak resipi kat sini yer Sue..Wahhhh..dah cecah 1000 orang follower yer. Tahniah..Takde hadiah special buat Hasue ni...sebotol budu, boleh ker? hehehe...Maklum lah baru balik dari kampung, itulah pun bekal yg dibawa ke Kl ni..hihihi...

CILI HIJAU GORENG UDANG PEDAS
Resepi : HaSue
sumber:  Rabiatun @ Sweettouch
Bahan2:

  • 300g udang tanpa kulit
  • 7-8 tangkai cili hijau-cuci bersih dan hiris sedikit memanjang(buang biji)
  • 1-2 tangkai cili merah(boleh tambah cili padi ikut tahap kepedasan sendiri)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar-hiris
  • Garam secukup rasa
  • secubit gula
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara2:

  1. Tumbuk lumat cili bersama bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi dan masukkan bawang besar yang sudah dihiris. Kacau goreng sebentar sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  3. Masukkan udang,kacau goreng lagi dan masukkan garam dan gula/perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan cili yang sudah dihiris dan kacau goreng sehingga sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Jemput makan semua @__^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...