Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, June 22, 2011

BUBUR NASI II

~Assalamualaikum~
Salam sejahtera buat semua. Hari ni tuan rumah tak berapa sihat..bukan setakat tuan rumah, anak2 pun turut sama tak sihat..demam. Abang Nabil dan Darwis pun tak ke sekolah hari ni..melepek demam. Abang Nabil demam lepas balik dari kelas malam tadi..cam sangat kalau dia demam, mengerang ajer tidurnya. Pegang2 dia, terasa panas. Diberi ubat, baru tidur dengan tenang. Adik Muqri pun turut hangat badannya. Si ibu plak terasa pening dan loya dari malam tadi. Bangun pagi ni tak larat sungguh, sakit seluruh badan dan kepala terasa berpusing2. Sudahnya en hubby belikan nasi lemak untuk kami mengalas perut pagi ni..huhuhuhu...
Menjelang pukul 10 pg, Tun gagahkan jugak bangun dan buat apa yang patut..Jerang bubur nasi atas dapur. Tun sediakan bubur nasi yang macam CMG buat hari tu. Masa CMG post N3 bubur nasi ni, memang Tun dah tergoda sebenarnya..tu yang tadi terus gi sekodeng rumah cik Mat. Resipi asal dari Kak Gee tapi Tun kopipes dari rumah CMG. Terima kasih banyak atas resipi ni..Sedap betul ...yang demam2 pun habis licin gak la mangkuk..hihihi..alhamdulillah..
 Resipinya sungguh simple ajer tau..tapi rasa tetap mabeles. Dalam resipi Kak Gee menggunakan daun kucai, tapi kat rumah Tun takde stok daun kucai. Jadi Tun masukkan ajerlah apa yang ada di rumah ni..tak larat nak keluar gi kedai.. Daun kucai tu, Tun gantikan dengan kacang buncis yang dipotong kecil. Alhamdulillah..sedap juga. 
Mintak izin yer Kak Gee dan juga CMG untuk Tun letak resipinya kat sini pula. Terima kasih banyak yer semua..dapatlah kami merasa bubur ringkas yang enak ni. ^__^. Jom tengok resipinya.

BUBUR NASI
by : Kak Jee @ Fauziah Abdul Samad
source: CMG
source: Rabiatun @ Sweettouch

BAHAN BUBUR :
2 cawan beras super tempatan, cuci dan toskan
8-9 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1/4 camca teh garam


BAHAN-BAHANNYA :
1 cekak kuchai, dibersihkan, cuci, keringkan dan kerat2
3 biji telur
4 ulas bawang bawang putih, diketuk
Sos ikan secukupnya
Sedikit serbuk perasa


CARA MEMBUATNYA :

1). Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan kuchai tadi dan gaul sebati. Renjiskan sedikit sos ikan, kemudian sedikit serbuk perasa.
2). Tolak kuchai ke tepi kuali, pecah kan telur, biar mengeras sedikit dan gaul bersama2 kuchai tadi, tapi jangan kacau ganas2, nanti telur hancur.
3). Bila nampak ok, rasa dan jika elok rasanya, boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...

    4 comments:

    Mas said...

    mas suka bubur nasi..
    sedapnya tengok..

    Rabiatun Adawyah said...

    Mas : Akak pun suka Mas..sedap walaupun simple, kan. :D

    Unknown said...

    Mcm mana nk jadikan nasik tu x berketul kak?

    Unknown said...

    Mcm mana nk jadikan nasik tu x berketul kak?

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...