Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Sunday, May 15, 2011

Sayur Campur Goreng Kicap

~ Assalamualaikum~
Ni merupakan N3 pertama setelah blog hadapi masalah 3 hari lepas..Walaupun N3 bersiri kiranya ni, namun ia merupakan permulaan bagi Tun..lagipun semangat berblog masih malap ler rasenyer..huhuhu...ni kira baru nak panaskan enjin balik ler ni.
Jom, kita tengok resipi menu mudah ni..salah satu cara masakan yang cepat dan senang....yang pastinya Tun dan family suka dengan masakan ni. Walaupun boleh kata semua orang dah biasa masak camni, kan...kan...? tapi Tun nak jugak letak resipinya untuk rujukan dan idea Tun masak2 next time...manalah tahu time tu duk blurrrr jer kan, tak tahu nak masak aper..hehehehe...


Sayur Campur Goreng Kicap
by Rabiatun @ Sweettouch


Bahan:
  • 1 genggam taugeh
  • 1/4 kobis - potong kecil
  • 2 pokok sawi - potong kecik
  • 1/4 batang carrot - potong ikut suka
  • 1 ulas bawang merah- hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 2 tbsp ikan bilis - Optional
  • 1 biji cili merah - hiris
  • kicap manis secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • air (ikut nak banyak mana kuahnya)
Cara:
  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan ikan bilis, goreng seketika. Masukkan pula kobis dan air.
  3. Setelah kobis agak lembut, masukkan sawi dan cili merah serta kicap. Perasakan kuahnya.
  4. Last sekali, masukkan taugeh..kaup balik seketika, dan tutup api.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...