Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Sunday, May 8, 2011

Burger Malaysia


~Assalamualaikum~


Semalam pukul 12.30 tgh ambik Nabil dari sekolah (sekolah ganti), pastu boleh kata seharian duk pusing2 ke kedai baking....3 bijik kedai Tun masuk. Dari Bake With Yen - beli castor sugar, creamlite, butter, rembat lagi silicone mould dan small2 tings..hehehe, Stop jap pergi Lunch area rumah kak Nina Cyberpaste tue, pastu ke Kedai Baking Hero pula untuk cari papercup (untuk project muffin 400pcs), baking pan no.3- untuk Fadzilah kirim sebab kat Kuantan susah nak dapat, rembat lagi small2 stings..huhuhu...Balik tu, singgah lagi kat Bagus Melawati cari shorterning dan inti kacang merah pula. Nasib baik Mr. Hubby jenis ok...ikut ajer tak banyak hal..cuma tunggu dalam kereta dengan anak2...hihihi..Kalau tak susah juga, kan (>__<). Tq my dear yang sangat sporting and supportive.

Sampai rumah dah pukul 3.50 petang. After solat Zuhur, terus godek2 kuih untuk minum petang pula..Sambil2 tu buat lagi 1 kuih sarapan pagi ni..hehehe...sekali harung buat.. hehehehe..
Resipi Kuih Burger Malaysia ni, Tun ambik kat FB sebenarnya..kat Kongsi Resipi, but Tun tak sure resipi asalnya dari siapa. Terima kasih banyak kepada individu yang telah berkongsi resipi best ni..menjadi dan gebus betul..SEDAP kena dengan sambal ikan bilis kat dalamnya tu. Tun buat separuh dari resipi ni dan dapat menghasilkan 12 biji kuih. Untuk memudahkan, Tun telah edit resipinya sebab cara penulisan cuma dalam bentuk discussion. Terima kasih sekali lagi..mintak izin Tun letak resipinya kat sini.

Burger Malaysia
by : Kongsi Resipi FB
source dan olahan : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan Untuk Burger
300 g tepung roti - Tun escape
200 g tepung gandum - (Tun letak 250 g untuk 1/2 adunan)

10 g garam
60 g gula
20 g baking powder
2 tbsp yis (10 g)
1 biji telur
300 ml air sejuk - (Tun letak 80 ml untuk 1/2 adunan)
50 g shortening

Bahan Inti:
Sedikit sambal ikan bilis
Mentimun yang dihiris nipis

(Tun guna separuh shj dari bahan di atas untuk menghasilkan 12 biji kuih)

Cara:
  1. Gaulkan kesemua bahan untuk burger hingga rata.
  2. Kemudian masukkan shorterning, dan uli hingga lembut dan agak2 tak melekat di tangan. (Adunan ni agak lembik, TIPS dari KR - adunan ni memang lembik sikit dan melekat2 kat tangan. Jika adunan keras, kuih ni akan jadi keras).
  3. Biarkan ia naik 2 kali ganda.
  4. Kemudian, tekan2 untuk keluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kepada 40g setiap satu, dan bulat2kan dan tekan sedikit biar leper. (jgn leper betul pula).
  6. Biarkan ia naik dalam masa lebih kurang 15 minit. Gorengkan hingga masak dalam minyak yang sederhana panas, toskan minyaknya.
  7. Setelah sejuk sikit, belah dua tapi jangan sampai putus, isikan dengan timun dan sambal ikan bilis. Sedia dinikmati.

10 comments:

Sheila Shafeareen said...

As'salam kak tun
lama x mkn beger m'sia ni adasambal dlm tu suka sagat....akk pun dak rembat mould yeeee ...bilalah saya nak g ni....kat Yen ada jual ye kak....

Mas said...

selamat hari ibu kak...
Moga menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Sama-samalah kita bimbing anak-anak kita menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin. "

wahhh..sedappnya burger malaysia tu....

nur easy said...

salam singgah..
dulu2 suka beli ni kat kantin sekolah..;)

Deliah's Deli said...

slmt hr ibu tun :)

lama dah x bt burger msia ni..nmpk sedap sgt tu :p~

CT Delima said...

Assalamulaikum Tun

alahai... sukanya kalau dapat buat bf sok pagi burger M'sia ni @ burger pedas anak2 kak ct panggil :D

Diana @ Melley Mey said...

anak2 suka sesgt makan burger nie... pantang nmpk kat kedai mesti nak beli... sedaaap!!!

Rabiatun Adawyah said...

Sheila : sedapkan Sheila..sesekali makan..hihii..
ha'ah, kat BWY Chowkit banyak..mcm2 ada..klu BWY pandan, tak berapa banyak..

Mas : Selamat Hari Ibu juga buat Mas..sama2lah kita Mas, ingatkan diri akak juga..banyakkan berdoa utk anak2. tq Mas Cayang

Rabiatun Adawyah said...

Nur : kuih nostalgia zaman2 sekolah, kan Nur. :D

Deliah: Selamat hari ibu juga.Yelah..sy pun dah lama tak buat, cari resipi pun tak jumpa..hihihi..alhamdulillah ada nampak kat KR hari tu.. terima kasih.

Rabiatun Adawyah said...

Kak CT: W'salam kak. Glamer burger pedas yer kak..hihi..klu beli selalunya sambal pedas, kan kak..klu buat sendiri sambal, Tun buat tak pedas..sbb anak2 Tun kurang makan pedas.. :)

Rabiatun Adawyah said...

Diana : boleh kata kebanyakan sumer suker, kan. Anak2 sy pun suka juga makan kuih ni..hihihi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...