Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, May 11, 2011

Apam Dot Dot?

~Assalamualaikum~
Selamat pagi semua. Pagi ni Tun buat Apam Dot Dot pula. Resipi asalnya dari Apam Comel Inti Kelapa dari kakak tersayang iaitu Kak Lilydvalley MyR. Dah lama ni tak dengar cerita dari kak Lily. Semoga sentiasa sihat yer kak. Terima kasih atas resipi yang best ni...yang pastinya anak Tun cukup menggemarinya. Izinkan Tun letak resipinya kat sini pula yer. Terima kasih banyak kak.


Apam Dot Dot (versi asal Apam Comel Inti Kelapa)
resipi asal: Kak Lilydvalley
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Inti Kelapa:
  • ==kelapa parut
  • ==gula merah
  • ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • ==2 helai daun pandan-pintal

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
  3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
  6. masukkan inti kelapa
  7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min 

Utk Inti Kelapa: (Tun tak buat inti kelapa, cuma letak strawberry filling ajer)

  • Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
  • Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
Yang ni sajer gatai nak try letak dalam acuan gediks2..tu yg jadi camtu..hihihihi....
Notes:
  • Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
  • Ini acuan yg biasa i guna. acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.
  • Untuk Dot Dot, cuma pipekan dot2 ( mengunakan adunan tadi) di atas adunan yang telah ready untuk dikukus.
UPDATES CARA TUN :
  1. Pukul telur, ovallet dan juga gula terlebih dahulu hingga putih dan gebus. Kena pastikan ia betul2 putih.
  2. Lepas tu, baru dimasukkan susu dan tepung. Pukul dengan kelajuan minima hingga sebati.
  3. Jika taknak jadi lubang2 apabila siap dikukus, kacau adunan yang dah siap tadi beberapa minit hingga nampak agak berkilat..
  4. Kemudian, bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan dan dimasukkan ke dalam piping bag.
  5. Susun acuan lompang dan paper cup ke dalam periuk kukus, pipekan adunan pilihan, letak filling. Kemudian pipekan adunan sekali lagi di atas filling. Pipekan pula dot dot di atasnya dengan warna pilihan.
  6. Kukus dengan api sederhana selama 15 minit.


7 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam cini pun ada apm dot dot meriah sungguh lawa warnanya..baru je balik dr rmh kak Ct rasa2 ketul
nak rasa yg kat cini juga le....

CT Delima said...

Assalamulaikum Tun

alahai..cute nya montel2 apam ni. napelah kak ct ni tak semontel dan segebu Tun pun nanti nak cuba lain kali. macam tak puas hati dgn percubaan pertama tu, apam dia mcm ada keras sikit nape agaknya erk? tak per kak ct nak cuba sampai apam tu lembuttt jer hihihi

Mas said...

kak tun..cantik la apam dot dot tu...
mas tak buat2 lagi...
tak sampai seru lagi kot..he..he..

Rabiatun Adawyah said...

Sheila: W'salam..dah kenyang ler tu yer..hihihi...Larat ker nak makan lagi nie:D

Rabiatun Adawyah said...

Kak CT : W'salam kak. kak, Tun dapat tips dari kwn2 yang buat niaga.. Tun pukul asing, nnt jap lagi nak update. Pukul telur, ovallet dan gula tu hingga putih..lama sikit la tp takpe. Baru Tun masukkan susu dan gandum.
Takpe kak..usaha tangga kejayaan.. :D

Rabiatun Adawyah said...

Mas cayang: terima kasih dear..akak pun baru sampai seru ni Mas..lama dah duk berangan..sama la mcm Mas..hihihi...
Insya-Allah, sampailah serunya nanti..

CT Delima said...

Asssalamulaikum Tun

terima kasih bagi tip ni, akan kak ct ingat sampai bila2 sebab anak2 suka sangat makan apam ni. tr kasih sekali lagi ya Tun.. muahhh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...