Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, April 30, 2011

Bulu Bebiri ...?

~Assalamualaikum~

Suspen tak baca title..hehehehee... Sebenarnya semalam Tun buat Chicken Floss Bun ni..guna resipi Ros Jintan Manis..resipi lain tapi hasil lain pula kan..takper lah..janji sedap. Memang takde niat nak konar2..tapi belek2 takde plak bahan untuk dijadikan filling roti ni, so tu yang amik jalan pintas guna apa yang ada kat dapur ajer...Untuk resipi akan di update nanti..Tuan rumah nak kena keluar jap ni...Layan gambor yang tak seberapa dulu ler yer. Terima kasih jika ada yang sudi drop by here. Luv u all!
Okies, sambung citer noooo...seperti yang dijanjikan..ni ler resipi yang Tun gunakan. Manakala resipi original Chicken Floss Bun dari Mamafami leh tengok sini. Izinkan Tun link yer Mama, untuk rujukan Tun next project meroti. Terima kasih juga buat Ros. Mintak izin yer Ros.

Roti Putih Madu Harum Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Pagi ni bekpes dengan roti ni dan maggi goreng ajer.......hehehehe...



5 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum Tun

kak ct kalau singgah bakery mesti nak beli roti yang ada tabur 'benda' tu haa. tak reti nak menyebut bak kata Tun Bulu Bebiri lah ehh.. apa lah asal sedap. Cepat sikit Tun letak resipi kak ct teringin nak cuba ni.. hehehe

Minta izin kak ct nak link blog kat Dapur CT ya Tun :D

Rabiatun Adawyah said...
This comment has been removed by the author.
Rabiatun Adawyah said...

W'salam kak.

samala kiter, Tun pun suka gak beli Chicken Floss Bun kalau singgah kat bakery.

Rasernyer Mamafami ada letak N3 resipi chicken floss bun ni, nnt Tun letak linknyer..boleh jugak kite sama2 refer, ye kak..

Silakan lah kak, kecik tapak tangan, nyiru Tun tadahkan..terima kasih :D

HomeKreation said...

Chicken floss tu Tun beli kat mana?

Rabiatun Adawyah said...

Along Cayang: Chicken Floss tu Tun beli kat Bakery Shop, kak. Ada 2 jenis - yang Original dan 1 lagi yang pedas. Tun guna yang Ori..next time nak cuba yang pedas pula.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...