Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, March 10, 2011

Cencaru Sumbat Cili

~ Assalamualaikum~

Hari ni sibuk skit, duk wat Chocolate Chips Muffin untuk pick up esok...tak banyak..cuma 220 bijik ajer. Alhamdulillah, semuanya dah siap. Insya-Allah nanti Tun pastekan project muffin yang tak seberapa tu yer...

Alhamdulillah, Tun rasa kali ni lebih teratur sikit masa baking, masa memasak dan masa dengan anak2 still ada. Pagi td, siapkan breakfast, siapkan anak ke sekolah..terus ajer masukkan kain dan baju kotor ke dalam mesin basuh. Sambil tu, Tun dah keluarkan lauk yang hendak dimasak untuk lunch. Naik pukul 10.30pg, Tun siapkan anak yang no.3, bg breakfast dan bersiap untuk amik anak no 2 plak kat Smart Reader. Hari ni kena kluar awal sikit, sbb nak kena jumpa Teacher Darwis. Kul 11.30, Tun keluar...tak jauh pun..dekat ajer.

Balik amik Darwis, baru Tun sediakan bahan2 untuk muffin, timbang dan siapkan perkakasnyer dulu. Menu lunch Tun siap hidangkan terus kat meja..lagipun klu si abgnyer balik, sumer dah ada..tinggal mkn ajer la. Anak yang 1st. (Nabil) balik sekolah dlm kul 2 ptg, dan kena bersiap utk ke sekolah agama plak bg seisi ptg..
Lepas bg anak2 mkn lunch, dlm kul 1.30 tgh baru Tun mula bancuh 5 adunan yg pertama..dah terus baked..Kul 3 ptg siap.. rest jap tengok citer Philipine - Marimar kat tv3. Kul 4, br tersedar yang Tun belum solat Zuhur, punyerlah duk rancang2, leh gak lari schedule.huhu.. Lepas Solat Zuhur dan Asar, Tun siapkan pula dish utk dinner. Kul 6.00mlm lauk untuk dinner dah ready dah cuma ikan ajer nak kena goreng kang.....mandikan budak berdua tu jap. Kul 7.00mlm goreng ikan ..terus leh dinner. Lepas solat Maghrib, Tun bancuh lagi 5 adunan dan kul 10.30mlm, muffin dah ready 220 pcs. Alhamdulillah, syukur. Pertama kali, Tun rasa tak kelibut sangat...cuma yang buat agak tak best nyer hari ni tenet tak dapat langsung....frust betul.huhhu...
Huuiiii..panjang lebar bercerita plak..okies, berbalik kepada menu simple ni.. Dish ni selalunyer Mummy Tun masakkan kami adik beradik time kecik2 dulu ler,kan. Resipi simple ya amat dari Mummy Tun tapi insya-Allah sedap ler kan...bg tekak kami adik beradik..hihihi..skang ni Tun nak sharekan kat rumah Tun pula..selalunya org letak kelapa parut kan, yang ni tak letak...just betul2 sambal. Tun ada juga versi letak kelapa parut..Insya-Allah lain kali Tun letak resipinya kat sini.

Cencaru Sumbat Cili
resipi by : Mummy Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
3 ekor ikan cencaru - size sedang (dibersihkan dan dibelah belakangnya kedua2 belah)
3 biji cili merah
5-6 ulas bawang merah
garam
sedikit serbuk kunyit
minyak utk menggoreng
1 hiris limau kasturi @ limau nipis

Cara:
1). Cili merah dipotong dadu halus2 dan ditumbuk bersama bawang merah hingga lumat.
2). Perasakan dengan garam.
3). Isikan cili yg ditumbuk tadi ke dalam belakang ikan cencaru yang telah di belah.
4). Setelah siap, lumurkan sedikit garam kunyit ke badan ikan cencaru..tak perlu banyak sangat cuma nak bagi ada sedikit warna dan perisa. Biarkan 1/2 jam sebelum di goreng.
5). Goreng dalam minyak panas sehingga masak. Kalau suka, boleh titiskan sedikit jus limau sebelum ia digoreng.
Resipi ni sesuai untuk orang yang dalam pantang..


2 comments:

ain (sweet thots) said...

Letih dengar citer home minister ni ye.. dlm pada terkejar2 tu, dan lagi awak tgk sinetron .. hihi

Rabiatun Adawyah said...

hihihi..biasalah Ain..santapan jiwa tu perlu..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...