Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, March 8, 2011

Ayam Herba Lada Hitam

~ Assalamualaikum~

Ni menu dinner malam tadi yer, kalau nak mintak pun dah selamat dah ni..hihihi...Resipi hasil sekodeng kat rumah kak Dayang my neighbour pagi semalam...terpikat terus dengan ayam grill ni. Lagipun dah lama sangat tak buat ayam panggang. Tun buat separuh ajer, sebab cik abang tak dinner dengan kami malam tadi sebab ada kerja.

Mintak izin yer Kak Dayang, Tun nak tempek resipinya kat sini plak untuk rujukan dilain kali. Insya-Allah, Tun akan buat lagi resipi ni. thanks kak Dayang.
Ayam Herba Lada Hitam (bakar/panggang)
by Kak Dayangjack

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 1 sudu makan dried oregano
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan mustard atau mayonis
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1-2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak
bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Toskan dulu dan biarkan sejuk.
  2. Gaul-gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih. (sukatan gula dan garam boleh adjust sendiri)
  3. Sediakan dulang pembakar. Alaskan dengan kertas foil. Susunkan ayam di atasnya. (Lebihan bahan perencahnya jangan dibuang) Kemudian bakar/pangganglah selama 30-40 atau sehingga masak. (DJ guna suhu 180C dan bakar selama 15. Terbalikkan ayam, tuangkan baki perencah tadi dan bakar lagi selama 15 minit).
  4. Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi ayam.

5 comments:

Mas said...

perhhh..sedapppnya ayam bakar...
nak seketoi..he..he..

apek poyo said...

wooott..kalau buat niaga ni kompom laku nih..ekekek

Nieza said...

assalam Tun, sedap nengok ayam ni..sungguh menyelerakan..:)

Ayu said...

Assalam tun,
wah cantik betul ayam tu berposing..cekci tunjuk peha..hehe sedap nampak ayam ni..

HomeKreation said...

Assalam Tun. Walaaaa... marbeles nya ayam panggang ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...