Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, February 8, 2011

Yogurt Chiffon Cake

Malam tadi lepas jer Maghrib, terus godek2 resipi Chiffon kek ni dari Yani Deco Choco. Alhamdulillah, menjadi dan sedap pula tue :) .
hmmm...Takleh nak cakap banyak dah ni..kebizian melanda..huhuhu..apapun Izinkan Tun kopipes kat sini yer Yani. Mekasih.
Dah lulus ker ni Sifu? hihihii.. rasanya tak cantik mana Tun buat ni maklumlah baru pertama kali main2 ngan cipon nih, bahagian atasnya merekah maybe sebab oven tu panas sangat dan mengejut..alhamdulillah, rasanya tetap sedap...terima kasih banyak2 Yani.
....ni tin size 18cm...

Yogurt Chiffon Cake
source : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan:
4 biji
60g gula kastor
110g yogurt ( takde stok, jd Tun gantikan dengan sour cream)
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder


Cara-cara:-
1). Asingkan putih dan kuning telur.
2). Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
3). Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi, minyak masak, jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
4). Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
5). Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
6). Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
7). Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
8). Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.

Jom minum petang sama2 :-)

7 comments:

K.Nor said...

lamanya tak mencipon hu hu.. dan start payah nak stop buat :)

Yani said...

sama dgn kak nor.. lama x mencipon.. suka mkn kek cipon sbb x muak.. Tun... dah cantik tu kek ciponnya.. blehlah tu buat kek cipon lain pulak

Nieza said...

sedapnya saya lum try buat lagi chiffon kek ni.

Rabiatun Adawyah said...

Kak Nor & Yani: Tun tunggu juga rupa cipon terbaru dari akak dan Yani. Tun pun suka makan kek cipon sebab rasanya yg tak muak dan lain dr kek biasa2 tu. Tq Kak Nor & Yani atas dorongan dan sokongan utk Tun mencuba kek cipon..insya-Allah, Tun nak try cipon versi lain pulak.tq Yani atas resipinya yer.

Nieza: Try la my dear :-)

HaSue said...

santek laa kek cipon kak tun..tu stoberi tu menggiurkan sekali..hehe

shah-kayrul said...

salam perkenalan kak...dtg nak kecek sepotong kek ciffon...sambil follow akak

Rabiatun Adawyah said...

Hasue: tq cayang, amik ler..tue mmg reserve utk Sue tu :)

Shah: salam perkenalan dik, silakan. terima kasih banyak2 yer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...