Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, February 8, 2011

Kisah Sehari Sebelum Nabil Berkhatan

Assalamualaikum, kisah ni last year masa cuti sekolah...masa tu jugalah majlis Khatan si abang (anak sulung Tun) Nabil. Dan masa ni jugalah Tun ada big order budget cuppies for wedding yang 1500pcs tu.

Sehari sebelum si abang selamat dikhatankan, my hubby bawalah anak2 ke pantai untuk puaskan hati yang nak kena khatan tue ler, main apa yang dia nak dan penuhi segala yang diinginkan oleh si anak ler kan.

Si adik (Muqri Uzair) berehat setelah kepenatan bermain dan berlari.

Darwis yang sememangnya tak tahu penat bermain, manakala si abang kat belakang tu tengah main layang2 dengan kakak sepupu.

Seronok Darwis main layang2 ditemani si adik (Muqry Uzair)
Dalam keseronokan tu, Darwis terjatuh dekat batu yang ada cengkerang laut. Kelam kabut si ayah angkat si anak dan cuci luka, letakkan ubat dan balut luka sebelum di bawa balik ke rumah. Sesampai di rumah MIL, semua diammmm aje macam takde apa yang berlaku. Darwis ni memang jenis tak nangis dan keras semangat masih lagi boleh main sepak2 bola kat laman rumah MIL. Tun ingatkan luka di kakinya biasa2 ajer, tak hiraukan lagi sebab duk nak kemas2 bunga2 gumpaste yang dikeringkan..lagipun masa tu dah hampir Maghrib.

Camnilah rupa cengkerangnya..gambar pinjam dari Pakcik Google

Gambar ihsan dari pakcik Google


Sesudah Maghrib, baru Tun tengok luka di kaki Darwis..memang terkejut dibuatnya. Time tu jugak Tun gesa hubby hantar kami ke klinik. Akhirnya Darwis diberi suntikan
kerana cengkerang tu ada poison dan supaya lukanya tak melarat serta lambat sembuh. Kami di bawa ke bilik yang lain untuk luka kaki Darwis dicuci dan diletakkan cream sebelum dibalut. Doctor juga sarankan agar ianya tak perlu dijahit. Alhamdulillah juga, takdelah merisaukan hati si ibu...dan syukur juga Darwis sikit pun tak menangis dan nampak cekal hatinya walaupun siibu tahu ianya sudah pasti amat menyakitkan bagi kanak2 yang berumur 5 tahun.

Kaki Darwis selepas di bawa pulang dari pantai.


Setelah dibawa pulang dari klinik.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...