Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, February 8, 2011

Eggless Chocolate Cake (resipi III)


Assalamualaikum, sebenarnya kek ni dah lama wat dan duk simpan ajer dalam file. Kek ni tidak ada telur di dalamnya dan khas dibuat untuk orang pantang. Tun buat kek ni untuk kedua2 anak Tun yang tengah berpantang. Si abang sebab baru berkhatan dan si adik pula sebab kakinya luka setelah jatuh kat pantai rumah MIL. Nanti N3 seterusnya Tun ceritakan...

Berbalik kepada kek ni, Tun amik dari rumah kak Dayang Jack. Terima kasih banyak kak, bolehla orang yang tengah berpantang merasa makan kek..takdelah kena pandang ajer orang lain makan, kan. hihihi.. Mintak izin kopipes kat sini pula ye kak Dayang. tq.
Eggless Chocolate Cate (Resipi III)
resipi : Dayang Jack
source : Rabiatun @ Sweettouch

bahan:
1 cawan tepung (125g) tepung naik sendiri
1 1/4 cawan gula perang (soft brown sugar)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
1 tsp serbuk soda bikarbonat
1tsp esen vanilla
1tsp cuka / jus lemon

Cara:
1). Panaskan oven pada suhu 160 C - 170 C. Lengserkan loyang kek (DJ guna yang berukuran 17.5 cm) dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.

2). Ayakkan tepung, koko dan serbuk soda bikabonat di dalam mangkuk adunan.
Kemudian masukkan susu, air dan esen vanilla. Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu. Pastikan adunan tidak bergentel dan gula larut. (Jika perlu, boleh juga diputar dengan mixer).

3). Masukkan minyak jagung / minyak masak. Kacau lagi dengan menggunakan senduk kayu.

4). Akhir sekali, barulah dimasukkan cuka atau lemon jus. Kacau cepat2 hingga adunan sebati.

5). Tuang adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30 minit atau sehingga masak.

6). Sejukkan kek setelah masak. Jika suka, bolehlah dihias dengan topping atau ganache.

*** sukatan dengan menggunakan cawan metrik
*** tidak perlu letak garam sebab tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam.

Sebelum di make up. :)
Setelah di make up :)

3 comments:

anymz said...

as salam Tun.canteknya kek..mesti sakit si anak tak terasa dek kesedapan dan kecantikan kek buatan tangan ibunya sendiri kan?..hehe..
nak mintak mesti da abis kan.

DJ Dayang said...

ya Allah, lawanya deko kek tu Tun!...jeles akak tengok yg mcm rumput tu...kaler ijo...jeless...huhu.

Anyway, many2 thanks ya Tun sb sudi cube resepi ni. nanti deko kek utk akak lak yer...hihik

Rabiatun Adawyah said...

Kak Anim: w'salam kak, terima kasih..ye la akak..dah selamat dah keknyer ni.

Kak Dayang: tq akak, Tun nak abiskan icing, kebetulan ada deco utk org order..guna ajer la mana yang ada.
Sama2 kak, tq juga atas resipi kek ni. cedap! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...