Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, February 3, 2011

Kerabu Pucuk Paku Kelantan Style

Menu dinner..kerabu pucuk paku. Lama sungguh tak masak kerabu ni, bukan sahaja membuatkan Tun rindukan kerabu jer malah rindukan mummy yang jauh nun di Kelantan. Selalunya mummy masak kerabu, macam2 jenis ...betik, pucuk paku, beko dan lain2 lagi tapi basic resipinya sama ajer.

Kat bawah ni, Tun sertakan resipi seperti yang mak Tun selalu buat. Sebenarnya di Kelantan, kerabu basic memang macam ni..sama ajer walaupun menggunakan pelbagai jenis sayuran pun...kecuali kerabu Sare.

Kerabu Pucuk Paku Kelantan Style
by: Rabiatun

1 ikat pucuk paku - dipotong dan dibersihkan
4 ulas bawang merah
1 ekor ikan kembung size kecil - dibersihkan dan dibakar tanpa garam
3 tbsp isi kelapa yang digoreng - ditumbuk tanpa pecah minyak
2 batang serai - dihiris halus
2 biji cili api - dihiris
sedikit jus limau nipis
sedikit garam
1/4 cawan santan sederhana pekat - optional jika nak ada kuah

Cara:
1). Pucuk paku dicelur seketika..bila agak lembut, masukkan pucuk paku tadi ke dalam air sejuk. Toskan.
2). Tumbuk bawang merah dan serai hingga lumat. Masukkan isi ikan bakar ke dalam lesung dan tumbuk sekali dengan bawang dan serai tadi tu. Tambah garam. Jika suka, boleh tambah sedikit dalam 4-5 biji lada hitam..Tun tak letak.
3). Masukkan pucuk paku ke dalam mangkuk dan tambah bahan tumbuk, cili api dan sedikit jus limau nipis. Gaul sebati. Rasakan garamnya.
4). Jika nak ada kuah, boleh tambah santan, dan gaul sebati. Tun suka yang kering, jadi Tun tak tambah santannya. Pindahkan kerabu ke dalam pinggan hidang.


5 comments:

NoorMasri said...

akak suka ni....!

Rabiatun Adawyah said...

Kak Noor: Tun pun suka kak..tq

harleena said...

tengok pucuk paku yg tak tahan ni. Mmg suka makan pucuk paku samada masak lemak cili api atau kerabu tapi jawabnya kempunan la nak makan pucuk paku kat France ni...

Rabiatun Adawyah said...

Harleena: terasa rindu nak makan kan, bila duk jauh...alahaiii..kesiannya, takpe nnt klu dah balik M'sia, boleh menjamu selera masakan kampung cenggini, kan..insya-Allah..

suziela said...

trying doing this . Heeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...