So, hari ni Tun cuba buat seperti yang Tun rasa hari tu..but not exactly same lah kan..tp boleh ler makan lagi.hihihihi..
Tomyam Kung Bangkok
by Rabiatun @ Sweettouch
1 mangkuk udang-dibersihkan
4 ulas bawang putih-diketuk
2 batang serai - dititik
1 batang seleri - potong serong
2 kiub tomyam Knorr / paste tomyam
3 - 4 tbsp susu sejat
5 helai daun limau purut
2 pokok daun ketumbar - dihiris kasar2
sedikit cendawan tiram
sedikit baby tomato
2 mangkuk air
1 inci lengkuas - hiris nipis
5 biji cili api
1 tbsp sos ikan
sedikit bunga kobis
1/2 labu bawang besar
Cara:
1). Panaskan sedikit minyak masak, tumis serai, lengkuas, daun limau purut dan bawang putih.
2). Masukkan kiub tomyam dan juga air. Didihkan.
3). Masukkan pula bunga kobis. Biar empuk sedikit.
4). Masukkan semua bahan. Masak hingga didih. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment