Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, February 12, 2011

Choco Mousse Brownies

Assalamualaikum, selamat petang Sabtu, mesti ramai kawan2 keluar hari minggu camni kan. Hari ni, puan rumah nak postkan N3 Choco Mousse Brownies untuk minum petang. Resipi ni merupakan salah 1 resipi yang dah lama dalam simpanan, baru sekarang ler berkesempatan untuk membuatnya..yelah kan, dulu bekerja skang ni duk rumah kena la merajinkan diri untuk family pula.. hehehe..

Resipi asal dari Yani Myr, memang dah ramai yang mencuba resipi ni. Bagi penggemar chocolate, boleh la nak try, insya-Allah menepati citarasa anda semua. Tun buat ni petang semalam, biarkan ianya bermalam kat s'box dulu..ptg ni baru dikuarkan utk dinikmati. Alhamdulillah...nyaman jer tekak..hihihi..best!

Sebagai rujukan Tun lain kali, izinkan Tun paste kat ruangan ni dulu yer. Thanks a lot Yani di atas resipi mabeles ni.
Choco Mousse Brownies
source: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( 18cm )

  • Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Chocolate Mousse
  • 140g coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream
  • 40g gula halus

Cara-cara

  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.
  13. TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.

8 comments:

DJ Dayang said...

sedapnya choco mousse tu tun...nanti nk try gaklah...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Rabiatun
Mama tak pernah lagi buat kek mcm gini..nmpk sedap lah :P

zarin said...

comelnya and nampak lazat

Rabiatun Adawyah said...

DJ Dayang: silalah kak, cedap >__<
Mama Hawa: W'salam Mama, try ler, moga2 menepati citarasa Mama sekeluarga.

Zarin: tq Zarin ^__^

azian said...

wah nampak cantik dan sedap...

Rabiatun Adawyah said...

Azian : leh la Azian cuba pula yang nie :-)

HaSue said...

hadoiiii kakk..terasa2 kelembutan n keenakan dessert nih..aduihh..pedih perut..huhu..ntah ade x stok gelatin lg..cntik laa brownies akak buat

Rabiatun said...

Hasue: mmg lembut,lg best klu chilled dan makan sejuk2..perghhh..hehehehe...
Akak br beli gelatin lebih skit, leh la buat. tq Sue

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...