Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, February 12, 2011

Ayam Cencaluk

Asslamualaikum..selamat malam, nak post N3 ni dulu sebelum masuk kelambu malam ni..terasa jugak ngantuknye nie..Mr. Hb dah lama titun, sebab dah 3 hari asyik kena balik midnight ajer. Biarlah, bagi peluang dia rest..kalau tak dia pun mesti duk ngadap lappy dia dan Tun ngadap lappy tua Tun yang banyak berjasa nie.

Kay, berbalik kepada midnight N3 nih, Tun postkan menu sedap dari CMG. Tapi Tun copy resipi ni dari rumah k.Nor Ganu setelah puas duk ngendap kat rumah cik Mat cari resipi nak paste kat sini tak jumpa2.huhuhu..agaknya dah kelabu mata nantuk lah tue.
Rasanya dah ramai kot yang mencuba resipi ni termasuk blogger femes Kak Ayu nun di S'pore pun dah terai. Apapun Tun berterima kasih pada CMG di atas resipi sedap ni. Kepada CMG dan juga Kak Nor, izinkan Tun tayang resipinya kat sini pula. terima kasih daun keladi....
AYAM CENCALUK by CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram
sumber : Rabiatun @ Sweettouch

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya ~ Tun tak toskan pun
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
1). Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
2). Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
3). Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih.
4). Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
5). Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali m
asukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...Takde rasa sangat cencaluknya tau..kepada yang alah bau cencaluk pun boleh makan..Insya-Allah. Rasanya masam2 limau kasturi dan masin pun just nice. Bau cencaluk tu dah tenggelam dek campuran bau daun limau purut, serai dan limau kasturi...sedap leh bertambah2 nasi tauuu..hehehehe..

6 comments:

Bee said...

salam tun..
xleh imagine la rasanya camner, nak kena cuba gak kot. kat umah ni taknah beli cencaluk.agak2nya kalau tiba2 beli cencaluk mesti bigboss pelik kan!!!:D

Bee said...
This comment has been removed by the author.
Rabiatun said...

W'salam kak, hihihi...cencaluk kat rumah ni pun kurang laku gak kak, klu mkn pun Tun ngn hb ajer. Masa nak buat ni, nasib baik ada stok (yg x'pired ujung thn nih) masa nak buat smlm..wakakakaaaa..takde rasa cencaluk pun kak..dun worry, mula2 Tun pun x'leh imagine juga..hihihi..

mokwonik said...

tun...sedap nye!!!masih ku terbau2 aroma nye dan masih terasa2 kesedapan nye...terliur3x

HaSue said...

waaaaa..ada ayam cencaloq laaa..musti sedap eh kak..nak!akak wat cencalok sendiri ke?hehe

Rabiatun Adawyah said...

mokwonik: sedap,..kan mokwo.. Silakanlah, yg tu utk mokwo :)

Hasue: amik ler Sue...akak tak pandai ler Sue, wat cencaluk, guna yg kat kedai ajer :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...