Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, January 26, 2011

Tori No Kare Age

Salam sejahtera..hari ni sungguh penat betul..asyik duk keluar aje hantar amik anak sekolah. Nabil belah petangnya ada Kokurikulum, Darwis dan Muqri pulak ada kelas Al Quran..sama kul 4.30 petang. Ni kul 6.30 mlm nak amik si abangnya (Nabil) kat sekolah. Isshhh..kelam kabut ler makcik kantin merangkap driver wat kerja hari ni...penat sungguh, tapi takpe lah..demi anak2, kan.
Untuk menu malam ni, makcik kantin baru siap masak masakan Jepun..lum pernah merasa masakan ni..hasil dari sekodeng dari rumah Hana Japan. Memang suka bertandang ke rumahnya nun..sebab banyak menu best2, gambor makanannya pun cantik2 belaka. Kalau nak tengok, leh la singgah sana yer.
terpaksa type semula resipinya ni, sbb pinjam lappy Mr. Hb hari ni, takleh nak paste plak.huhuhu..
Okies, berbalik resipinya ni, mintak izin ler dulu tuan empunya cik puan Hana, untuk makcik kantin letak kat sininnn pulak. Terima kasih daun keladi yer Hana atas resipi yang memang sodap ni.
Tori No Kare Age
Source: Rabiatun
Bahan:
Bahan untuk Ayang Goreng
2 keping dada@ paha ayam boneless - potong dadu
1 1/2 sudu besar syouyu - kicap jepun @kicap cair
1/2 biji telur L
3 sudu besar tepung katakuriko (tpg gandum or tepung goreng ayam pon bleh)
minyak secukupnya - utk menggoreng
* 1 inci halia -parut
* 2 ulas bawang putih - parut
Bahan untuk Sos
  • *4-5 sb sos tomato
  • *1sb sos tiram
  • 1sk cuka
  • *1-2sb madu
  • *1sb tepung jagung - bancuh dgn air
  • *4sb air
  • *1sk minyak bijan

Bahan lain:

  • 1/2 biji bawang besar kuning - potong dadu
  • 1/2 biji capsicum merah dan hijau - potong dadu
  • 1/2 biji carrot - potong menyerong (baji)
  • 1sk bijan sangai

Cara:
  1. Kocok telur. Gaul ayam yang telah dipotong dadu td dengan bawang putih, halia dan syouyu (jika gune kicap cair kurangkan sedikit sbb kicap cair lebih masin berbanding syoyu). Kemudian masukkan telur dan gaul rata. Boleh letak sedikit serbuk lada sulah jika mahu.
  2. Kemudian gaul ayam dengan tepung dan goreng dengan minyak yang panas hingga kekuningan dan msak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Minyak yang sama, goreng carrot hingga masak. Angkat dan toskan. Goreng pula bawang besar dadu dan juga capsicum. sebentar sahaja agar bawang dan lada rangup ketika dimakan. Angkat dan toskan.
  4. Satukan semua bahan sos ke dalam kuali. Jika ingin pedas sikit guna sos cili (optional) - Hana tambah blackpaper (Tun tak tambah apa2).
  5. Kemudian masukkan cuka, madu, minyak bijan dan air. Kacau lagi sampai mendidih. Kecikkan api. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai agak pekat. (Tun masukkan sikit2 sebab taknak pekat sangat).
  6. Last sekali masukkan ayam goreng, carrot, capsicum dan juga bawang. Kacau hingga kuah kering dan semua ayam bersalut dengan sos tadi. Taburkan dengan bijan sangai. Boleh la dihidang dan makan panas2 dengan nasi putih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...