Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, January 26, 2011

Telur Bungkus Express


Salam dan selamat malam...N3 sebelum masuk tidur lagi ler.. resipi ni dulu pernah Tun postkan kat MYR dan dah lama benor tak buat..Bila intai2 kat rumah buruk ni, baru la teringat balik telur bungkus ni.
Apapun boleh tengok resipinya kat sini, atau boleh juga tengok kat bawah ni yer.

Telur Bungkus Express
recipe by Rabiatun
Bahan: (4 org)
2 - 3 biji telur - dipukul
1/2 peket daging kisar
1/2 cawan mixed vege
3 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris
1 biji cili merah- dipotong dadu
2 ulas bawang merah-dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
beberapa hirisan capsicum - dipotong dadu
garam dan sedikit serbuk lada sulah
Inti yang baru dimasak.
Cara:
1). Cuci daging kisar dan toskan. Kemudian tabur sedikit garam dan gaul sebati.
2). Panaskan kuali, dan dadar telur nipis2. Ketepikan.
3). Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga wangi, dan masukkan daging. Kacau hingga daging tadi masak.
4). Masukkan cili, capsicum, garam (jika perlu) dan serbuk lada sulah. Kacau sebati.
5). Masukkan pula hirisan daun sup dan daun bawang. Kacau sekejap, then tutup api. Toskan, jika ia agak berminyak.
6). Tuang inti tadi ke atas telur dadar, dan lipat kemas. Kemudian ambil pinggan hidang then terbalikkan. Siap dihidang.


7 comments:

~Norul Mas Hana ~ said...

salam Rabiatun..cantiknya telur bungkus..hihi..Tak gamak nak mkn..mcm hantaran dahh..

Rabiatun Adawyah said...

Salam Norul, terima kasih..cuba la..mana tahu kena ngn selera Norul pula.

anymz said...

akak tingggal berempat je sekarang.dah tak ramai dah.sesekali masak mcm ni okay gak kan tun?mmm..boleh buat menu utk mlm ni nampaknya.mekaseh atas idea ni..

Ezadlieza said...

aduhhh tun...aishhh...macam sayang pulak nak di makan...berseri2 telur nih...

Rabiatun Adawyah said...

Kak anymz: cuba la kak, mana tahu kena dgn selera akak sekeluarga.

Lieza: tq Liea..lepas mkan kenyang, muka pun naik berseri ler plak..sbb kenyang..hihihii

Nur Ede said...

Salam tun...
Rajin nyer tun membungkus... comey lak tu... klu nampak kat anak akak kat umah nie.. mesti dier suruh akak buat telur bungkus mcm tun buat ni...

Rabiatun Adawyah said...

Kak Ede: Salam kak, akak try ler, kak..insya-Allah menjadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...