Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, January 25, 2011

Sotong Beriani Masam Manis

Salam dan selamat malam semua. N3 sebelum masuk kelambu..titun.
Tadi cuba Sotong Beriani Masam Manis dari CMG, memang sedap..anak2 sumer suka..cik abg pun suka. Resipi ni asalnya tengok dari rumah Kak Nor, tu yang buat terdetik nak mencuba tue.

Siang tadi semasa amik Darwis dari Smart Reader, terus ke Pasaraya cari bahan2..yang geramnya ada pula la bahan yang takde ..terpaksalah pergi ke Giant Bukit Antarabangsa..dah itu pun yang paling dekat dengan umah..Sampai rumah dah hampir pukul 1 tgh..ishhhh, tak boleh nak godek lagi resipi ni..sbb Nabil balik dari sekolah pukul 1.30 tgh..nak taknak memang kena masak secepat yang boleh ler. Cik abg ada tido kat bilik...off hari ni sebab malam tadi dah stay up sampai pagi kat office. At last, tangguh dulu masak sotong ni, goreng ajer ler ikan yang dah siap direbus, sayur pun dah ready, wat sambal belacan dan ayam goreng. Itu ajer for lunch. Alhamdulillah..kenyang.

Petangnya baru masak sotong ni untuk dinner...ada pulak la yang tak cukup lagi tue..huhuhu..semasa beli barang tadi tu memang dah set yang sos lada hitam ada lagi kat gobok rumah ni..tengok2 dah yillekkk..huhuhu..nampaknyer terpaksalah cari alternatif lain. Sudahnya Tun tambah ajer la sos tiram dan black paper yang ditumbuk. Alhamdulillah..sedap juga rasanya.

Sotong Beriani Masam Manis
by CMG
Sumber: Rabiatun

Bahan:
8 ekor sotong saiz sederhana (Tun guna 4 ekor ajer tp saiz besor)
1 1/2 tbsp rempah beriani mix "Maggi"
1/2 biji red capsicum - didadu
1/2 bijii green capsicum- didadu
1/2 biji yellow capsicum - didadu
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 tbsp sos lada hitam
1 1/2 tbsp sos cili thai
sedikit garam, jk perlu
1/4 cawan air
hirisan daun bawang, sebagai hiasan
bawang goreng, sebagai hiasan
Cara:
1). Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani mix "maggi", ketepikan.

2). Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green dan yellow capsicum tadi, kacau rata.

3). Masukkan sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alihkan dalam bekas yang sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan.


5 comments:

Sandra Azwan said...

eerm..sedapnya!!

Unknown said...

nampak menarik dan sedap...saya lum cuba lagi ni....:)

Rabiatun Adawyah said...

Sandra Azwan: tq, sedap ler bagi tekak kami sekelarga :)
Nieza: Cuba la Nieza, insya-Allah cedap :)

Lieza said...

Sedapnya sotong tu....esok2 akak nak try juga ler...nampak betul2 menyelerakan.

Rabiatun Adawyah said...

Ezadlieza : Cuba la kak....moga2 kena dgn selera akak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...