Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, January 14, 2011

Slice Cheesecake

Sebenarnya ciskek ni buat last week tp lum menyempat nak masukkan N3...At last, semalam ternampak N3 ciskek ni yang sungguh cun melecun kat rumah kak Nor nunnn siap marble2 lagi tue...baru teringat yang Tun belum letak kat sini.Insya-Allah nanti nak cuba ikut Kak Nor wat marble juga.

Resipi ni selalu Tun guna, kalau teringin nak makan cheesecake yang macam kat Giant tue..dulu selalu gak beli kat Giant, skang ni dah ada resipi Ros..alhamdulillah..boleh la kita menggodek sendiri. Terima kasih banyak2 pd Ros (Onigiri Myr). Mintak izin ye Ros, akak tempek resipinya kat sini pula untuk rujukan akak lain kali.
Memang gebus sungguh cheesecake ni, hinggakan nak potong pun terikut pisau. :-)

SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi
sumber : Rabiatun@Sweettouch

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara:
  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Cheesecake yang Tun buat ni mengecut sikit, rasa2nya sbb terlebih masa sikit hari tu..al maklumlah guna oven yang setting panas dia tu lain sikit..tak boleh nak ikut sama dgn masa yang Ros bagi sebab oven ni cepat panas..Nak guna oven yang lain, macam malas nak on, guna je la oven yang sedang tecit kat dapur ni haaa..

Cheesecake ni size 8"...bestt! Tq Ros.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...