BINGKA UBI
Resepi: Kak Ummi
Source: Rabiatun
Bahan:-
- 500 gm ubi kayu yang telah diparut.
- 1 keping gula melaka - dicincang kecil2
- 1/3 cawan gula merah/gula pasir
- 1 1/3 cawan santan pekat
- 1 biji telor - dipukul sikit
- beberapa helai daun pandan
Cara Memasak:-
- Perah ubi biar keluar airnya di dalam bekas. Biarkan hening dan sagu mendap. Bila air telah jernih, buangkan airnya dan campurkan sagu yang mendap ke dalam parutan ubi tadi.
- Sementara itu, masak santan, gula merah, gula melaka dan daun pandan hingga gula larut sekejap. Tapiskan.
- Campurkan ke dalam parutan ubi tadi.
- Masukkan telor dan gaul semuanya biar rata dan mesra.
- Lenserkan loyang dan tuangkan adunan ubi. Ratakan.
- Bakar selama 1 jam pada suhu 170 C sehingga ubi masak dengan api bawah. Kemudian lebihkan +- 30 minit lg dengan api atas dan bawah pulak. Bakar hingga agak berkerak kalau suka.
- Sejukkan pada suhu bilik baru dipotong.
No comments:
Post a Comment