Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, November 7, 2009

Basic Cupcake Deco

Picture semasa aku di kelas Kak Lea...aku ambil kelas basic cupcake deco ni selepas raya hari tu..Aku ambik kelas ni pada hari Sabtu, manakala untuk kelas fancy cookies pada hari Ahad...memang teruja sangat dapat attend kelas Kak Lea..banyak yang dapat belajar. Sebelum ni aku ingat susah untuk buat gumpaste dan fondant. Di kelas ni aku belajar semua tu..ternyata senang rupanya. Aku juga dapat belajar deco menggunakan gumpaste.
Ros Kecil Untuk Cupcakes
Ini bunga ros dan butterfly dari gumpaste. Gumpaste yang diwarnakan disimpan di dalam plastic zip lock supaya ia tidak cepat kering dan keras. Apabila hendak digunakan, cuma ambil secubit dan gelek dengan menggunakan rolling pin.

Untuk membuat ros seperti ini, ambil sedikit gumpaste dan bentukkan ia seperti cone yang tajam sedikit. Then, roll sedikit lagi doh dengan menggunakan rolling pin. Kemudian, terap doh tadi dengan acuan untuk buat roses. Guna acuan yang paling kecil dahulu. Gunting sedikit, letak atas sponge nipis (set yang dibeli kat Wilton) layangkan hujung deco tools di hujung kelopak. Ini bertujuan supaya ia nipis dan menarik beralun.

Sapukan sedikit air ditengah2 kelopak menggunakan berus kecil, then ambil kudup yang cone tadi letak di atasnya. Angkat 1 persatu kelopak dan lekatkan pada kudup bunga.

Kemudian, teruskan roll lagi gumpaste dan ulang cara di atas untuk kelopak seterusnya dengan menggunakan acuan yang agak besar dati yang pertama. At last, ambil pula sedikit gumpaste dan warnakan dengan pewarna hijau, roll senipis yang boleh, dan terap dengan menggunakan penerap untuk tampuk bunga. Letak sedikit air, dan lekatkan pada bunga ros yang telah siap.

Untuk butterfly pula, roll sedikit gumpaste, jangan terlalu nipis, then roll sekali lagi dengan roller yang berpattern. Terap doh dengan acuan butterfly. Keringkan butterfly tadi dengan meletak di dinding loyang. Apabila sudah agak kering, pipekan royal icing di tengahnya..untuk dijadikan badan butterfly.

Bunga-bunga Kecil

Untuk bunga kecil ni, sama juga caranya.. rolled sedikit gumpaste, terap dengan acuan daisy n' then letak atas sponge tebal spt di atas, biarkan beberapa saat, baru ditekan ditengahnya menggunakan deco tools. Ini bertujuan jadikan kelopaknya ada kesan kedut. Pipekan sedikit royal icing ditengahnya. Pipekan berhati2 supaya ia nampak kemas dan bulat.

Untuk deco yang lain akan kukongsikan nanti yer..

Sekotak cupcakes idaman. Syok kan kalau dapat sekotak camni.

Sudah lama kuidamkan rose swirl camni, akhirnya tercapai jua. Dapat juga 1 nozzle untuk buat swirl ni harrr.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...