Sebenarnya, aku bukanlah sihat sangat. Sejak hari Jumaat lepas, kat office hidungku keluar darah yang agak banyak tanpa henti. Sudah puas dituam dengan ais, then aku pergi klinik..tapi tetap jugak keluar. Dahlah aku ada kerja urgent, nak Monday. Aku cuba buat, tapi bila aku duduk tegak, darah mengalir dari hidung. At last, aku copy file tu then berharap aku boleh buat di rumah.
Aku balik awal sikit dalam pukul 5.30 petang. Dahlah jalan jammed. Terpaksalah aku drive slowly. Dalam tunggu2 jammed tu, ntah banyak kali aku tekup mulutku dengan tisu, berketul darah keluar. Aku tak tahu darah tu dari mana.
Sesampai di rumah, aku rest sekejap dan tunggu hb balik dan dibawa ke klinik sekali lagi. Doctor diklinik terkejut tengok darah segar yang berketul2 dlm tisu, sebab every 15 minutes, darah beku keluar dari kerongkongku. Doctor tak berani, then suruh aku pergi Hospital.
Lastly, aku pergi hospital sampai pukul 5.00 a.m aku dirawat..aku mintak nak balik..terbayang wajah anak2ku yang kutinggalkan dirumah tadi...sayu pulak rasanya. Doctor membenarkan aku balik..tapi on Monday aku kena pergi ke Pakar ENT untuk rawatan lanjut..sebab doctor pun tak past kenapa it happened to me. Sudah puas diorang investigated.heeheh. Suspect denggi, the result tidak...Hopefully tomorrow semuanya baik.
Balik ke rumah dah dekat pukul 6.00 a.m, aku dengan perut kosongnya sebab malam tu aku tak sempat nak makan..lagipun nak makan macamana, darah asyik keluar. Sampai di rumah, aku terus makan ubat, dan sekeping roti. Ntah pukul berapa aku tertidur, aku tak pasti.
Esoknya, bila ku bangun, semua dah sarapan..rupa2nya hb ku pergi beli breakfast. Aku malas nak tanya maid kenapa dia tak buat breakfast..lagipun aku macam keletihan dan lemah. Darah still keluar lagi. Aku hanya mampu berbaring di sofa ditemani baldi kecik untuk aku ludah darah merah ke dalamnya.
Nak tak nak aku cek jugak senarai barang dapur yang maid buat then bagi hb pergi pasar sensorang. Aku tak dapat pergi sama..keadaan tak mengizinkan. Bila hubby balik, that time memang aku dah makan ubat, so aku memang dah mengantuk sangat..hubby pun keletihan sebab semalaman di hospital menemaniku. Kami tertidur di living bersama kedua2 anakku.
Aku sedar, tapi dalam keadaan mamai, macam sedar tak sedar. Aku pesan kat maid suruh dia prepare bahan2 aku nak masak sup ayam bila aku bangun nanti. Masa tu aku tengok jam dalam pukul 11.30 a.m.. Dan aku terbangun dalam pukul 1.30 p.m..
Bila aku ke dapur,tengok dalam fridge, semua...takde apa yang ku pesan maid tadi. Bila ku tanya, dia cakap tak sediakan pun. Aku tanya lagi, dia paham ke tak aku ckp tadi. Dia ulang balik apa yang kusuruh tapi dia tak buat. Aku tanya, kenapa dia tak buat..dia takleh nak jawab..haduhhhh...camner lagi lah haiii..maid aku yang sorang ni punya citer. Aku apalagi membebellah bukan setakat membebel memang aku takleh kawal suara jadinya..dahlah aku tak sihat, darah duk keluar lagi..geram betul. Aku cakap kalau aku bangun lagi lambat, sampai tu pun dia takkan sediakan. Aku tak kisah kalau aku sorang..ni, kita ada anak, suami. Kalau yang dewasa tu bolehlah disuruh makan roti dulu ke haper..budak kecik..tau2lah kan. Sabor jelah...
No comments:
Post a Comment