Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, January 23, 2014

Bihun Goreng Ekspres

Bihun Goreng Ekspres
resipi : Rabiatun

Bahan:
1/2 pack bihun - direndam dengan air panas hingga lembut n ditoskan
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sdb cili kisar
1 1/2 sudu besar sos tomato
1 1/2 sdb sos cili
2 sdb sos tiram
sedikit isi ayam - dihiris kecil dan perasakan dengan sedikit garam
2 batang sosej - dihiris nipis
1/4 kobis- dihiris kecil
garam
sedikit air
*daun bawang dan daun sup sebagai hiasan
*sayur dan lauk ikut suka nak guna apa yg ada dirumah..
Cara:

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau lagi hingga cili agak masak. 
  4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Jika pekat, boleh masuk sedikit air supaya tidak hangus.
  5. Masukkan isi ayam dan sosej serta kobis. Goreng hingga kobis layu dan isi ayam masak. Perasakan dengan garam.
  6. Kemudian, masukkan bihun..Kacau sebati. Rasakan dulu, dah ngam, boleh dihidangkan bersama taburan daun bawang dan juga daun sup.







4 comments:

Yatie said...

suka bee hoon goreng....kdng tu dah teringin sngt, goreng mcm tu je tak letak apa2....pun dah sedap...tngk Tun punya ni menyelerakan sungguh...

Gee® said...

Tun, nak bihun bas xpress sepiring... hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer bihun... sekeluarga mmg suka mkn bihun...

Umie Jazz said...

Assalamualaikum tun ekpress2 pun sedap...nmpk sungguh menyelerakan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...