Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, December 18, 2013

Rendang Udang Goreng


Rendang Udang Goreng
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :

12 ekor udang sederhana
sedikit serbuk kunyit
tepung goreng serbaguna secukupnya
200 ml santan
1 helai daun kunyit (diracik)
2 helai daun limau purut
1-2 sudu makan cili giling (boleh juga guna cili padi)
sedikit air asam jawa
garam dan gula melaka/gula pasir secukupnya
bahan-bahan dikisar bersama :

1 labu bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

cara-cara :
  1. Udang dibersihkan. Kemudian gaul-gaulkan bersama kunyit, tepung goreng serbaguna dan sedikit air. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gorenglah udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. 
  2. Kemudian tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis lagi sampai pecah minyak. 
  3. Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau sebati. 
  4. Apabila kuahnya kelihatan hampir kering, bolehlah ditutupkan api.
  5. Kemudian tuangkan kuahnya ke atas udang goreng tadi. Boleh juga digaul-gaulkan bersama. 
  6. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak atau apa-apa sahaja jenis nasi. Sangat sedap!


6 comments:

tun_telani said...

Salam kak tun... blom penah mkn lg rendang udang.. tengok pon tau sedap nih.

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...nampak menyelerakan rendang udang ni

adda syuhada said...

sedapnya....

Rabiatun Adawyah said...

W'salam Tun, sedap..buat sikit mmg tak cukup..kena udang size besar skit br best

Rabiatun Adawyah said...

Ummi Jazz, w'salam...maceh

Rabiatun Adawyah said...

adda syuhada, yer..insya Alllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...