Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, July 22, 2013

KETAM BEREMPAH


Ketam Berempah
dicuba: Rabiatun 

Bahan-bahan :
6 ekor ketam (digaul bersama kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak)
6 biji cili padi (diketuk)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
1 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair/santan cair
1/4 cawan air
1 sdt serbuk ketumbar
1 sdt serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kari (dibuat pes)
1 sudu besar mentega/marjerin
1 biji telur
garam dan sedikit gula

Cara-cara :
  1. Panaskan mentega/marjerin di dlm kuali. Tumis bawang putih dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan pes kari. Masak hingga garing.
  3. Masukkan susu cair/santan, air, cili padi, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
  4. Pecahkan telur dan kacau perlahan.
  5. Akhir sekali masukkan ketam. Gaulkan.
  6. Setelah masak, hidangkan. Enjoy

2 comments:

Umie Jazz said...

Assalamuaalaikum...rabiatun...aduhai sedap diratah ketam ni...

Rabiatun Adawyah said...

W'salam. try la..sesekali cuba untuk kelainan sajer ni.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...