Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, October 22, 2011

ROTI ARAB


Assalamualaikum..selamat pagi semua. N3 tertunggak lagi ni..huhuhu...That day Tun ada cuba buat roti Arab resipi dari Kak DayangJack. Terasa sungguh lama tak makan dan buat roti arab. Sebelum ni Tun ada juga buat resipi dari Sofinar MyR. Apabila nampak Kak Dayang post, teringin plak nak mencuba resipi kak Dayang pula. :)
Hasilnya, sungguh tidak mengecewakan..Sedap woooo..Alhamdulillah semua suka dengan roti arab ni. Hubby pula membuat pilihan dimakan dengan Sambal Sardin sahaja instead of Kari Sardin atau Kari Ayam..Hohohoooo...Lagi senang kerja isterinya nih..heheheheee....

Termasuk ni, dah 2 kali Tun buat resipi dari Kak Dayang. 2nd time, anak teruna mintak tengah2 malam (for dinner) nak makan roti ni..Tapi nasi tetap Tun masak la for those. Tauuuu taulah budak2 bila nak mkn malam2..bukannya makan banyak, jadi roti ni ada balance sikit..Tun memang dah tak boleh nak masuk lagi dah sebab kekenyangan..huhuhu..Dek terasa sayang (sebab roti ni sedap dan Tun amat suka dengan texture dalamnya), pagi esoknya Tun panaskan balik. Walllaaaahhhhh...roti ni kembung balik dan begitu rangup diluarnya.. Lagi sedap..hihihihiii....

Okies, takmo citer banyak, Tun nak letak resipinya kat sini, buat rujukan next time. Minta halal yer kak Dayang..Jangan majuk2 tau..hehehehe...

Roti Arab
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum/tepung superfine/high protein
1 sudu besar mentega/marjerin
sedikit garam halus
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu makan yis mauripan
air suam secukupnya

cara-cara :
  1. Satukan yis, sedikit air suam dan gula di dalam satu bekas dan rendamkan hingga yis berbuih.
  2. Tepung, garam dan mentega disatukan di dalam bekas yang agak besar.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul dan uli doh hingga kental dan licin (untuk mendapatkan kulit yang licin dan gebu...hehe)
  4. Simpankan doh ke dalam bekas besar tadi dan tutupkan dengan kain lembab. Biarkan ia naik selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam. Setelah itu, uli semula doh tadi.
  5. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian (mengikut saiz kesukaan masing-masing) dan bulat-bulatkan.
  6. Sediakan torak. Canaikan doh tadi tetapi jangan terlalu nipis. Kemudian rehatkan sebentar selama 15 minit.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas (tetapi jangan sampai berasap), gorenglah doh tadi satu demi satu. Jangan lupa siramkan roti dengan minyak supaya ia kembong dengan cantik.
  8. Setelah masak keperangan, angkat dan toskan.
  9. Hidangkan panas-panas bersama kari sardin atau kari ayam.

Di sini juga Tun letak resipi yang pernah Tun buat sebelum ni...dan dah hantar laporan kat MyR nun....Dari Sofinar MyR. Sedap juga tau Roti Arab ni..pasti kembung apabila digoreng. Kepada yang nak mencuba, ada 2 resipi di sini..pilihla yang mana berkenan di hati yer..hihihi..

Okies, tuan rumah nak kena out dulu. ..nanti sambung balik ehhhh..Hari ni kena Marathon betul..sebab esok ada 1 order tier wedding cake untuk Tun siapkan. Jap gi nak kuar beli barng baking dulu dan few things yang diperlukan..Balik tu nak kena godek apa yang patut...Okiesss ..Wassalam.....Daaaaaaa....
Roti Arab 
by Sofinar MyR
Sumber : Rabiatun @ Sweetouch

Bahan-bahan ( 10 org makan )2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara

  1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

7 comments:

Ummi said...

Assalam Tun....tumpang sarapan sini eks...terliur lak tengok roti Arab tuh..nak pi Arab pun ntah bila...hehe

Nurul said...

Assalam K Tun..
Lama nurul tak BW sini, nak singgah bekfes sini, mesti dah abih kan... Nampak sedappp tu.... ^__^

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum tun...
wah dari hari tu lg diana pun geram tgk roti arab nie.. tp smpi skg x buat2 lg.. tgk lg kat dapur tun nie.. lg ler tambah geram... sedap tuuu..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Tun..
Wahhh..sampai sini dah roti Arab ni. Emm bahan2nya tak leh susah kan. Nape Naz tak pernah buat ek???hehehe...malas lah tu..huhuhuhu

Sofea said...

cantik dan gebunya roti arab resepi dayang ni ye..Tun pas ni leh cuba resepi akak pula..lebih kurang cam ni jugak kembungnya..sedap mkn ngan sambal sardin;)

Juwita Jamaludin said...

Salam kak tun.. sedapnya ita nak cuba juga la resepi ni nanti .. nampak cantik sangat kembung nya

IdaShazana said...

as-salam...hebat nih.
roti arab di pagi hari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...