Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, October 1, 2011

PANCAKE MAYONISE

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu. Pagi ni family Adik Tun dah berangkat balik ke Kelantan. Petang ni mereka akan singgah kat rumah Mom dulu kerana ada makan2 family berBBQ bagi meraikan ulang tahun kelahiran ahli keluarga dalam keluarga kami iaitu Mummy, Masnoniwati (adik 2nd), Saidatul Hamimah (adik 3rd) dan Azrul Izwan (adik ipar ~ suami kepada Saidatul). Cuma....Sayangnyer Tun sekeluarga tak dapat nak turut serta..yelah kan...dah duk jauh gini ..huhuhu...Takpelah kan..nak buat macamana. Kepada Mom, Nonie, Mah dan Azrul sentiasa diberkati, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan di rahmati Allah swt selalu hendaknya. Aminnnn...dannn..Semoga adik Masnoniwati dan keluarga selamat sampai ke kampung. Kirim salam rindu dan sayang serta peluk cium buat semua terutama mom dan abah.
Okies, pagi ni Tun masak ringkas ajer..memandangkan adik Tun nak bertolak awal..jadi masak breakfast seadanya ajer. Bihun goreng dan pancake mayonise ajer yang menjadi hidangan kami pagi ni disamping keropok ikan yang dikirimkan.

Lamanya tak buat pancake ni..dah beberapa hari Tun terkenang2..hehehehe..Pagi ni baru dapat direalisasikan. Kali ni Tun try letak mayonise seperti anjuran Kak Nor. Walllahhhhh....apabila letak mayonise, hasilnya pancake bertambah lembut dan juga gebus sakan. Sukernyerrr...sedap betul. Bertambah2 sedap lagi apabila dimakan dengan madu, blueberry filling dan juga coklat. Pilih mana suka. Tun suka gabungan madu dan bluberry filling. Manis2 madu dan masam2 blueberry memang kena dengan selera Tun.hihihihi...
Tun buat 2 adunan menggunakan resipi dari Hajar MyR. Dah banyak kali guna resipi ni..memang mabeles. Terima kasih buat Hajar dan juga Kak Nor yang share resipinya. Minta izin sekali lagi yer. Mekasih...
PANCAKE MAYONISE
by Hajar
sumber ; Kak Nor
sumber : Rabiatun@Pautan Kasih


Bahan:
3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (saya ikut kak nor tak letak pun)
* 1 1/2 sdb mayonise (Tun tambah)

Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
  3. Biarkan selama 10 minit.
  4. Goreng dlm frying pan hingga masak.
  5. * adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
  6. kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

Note dan Idea : Kak Nor
**utk jdkan pancake mayonis tambah 1 1/2 sudu besar mayonis dlm adunan.
Maaf...gambar kureng memuaskan..memang nak cepat time ni..huhuhu...

3 comments:

Juwita Jamaludin said...

suka juga dengan resepi ni tapi tak pernah sempat nak buat entry asyik licin je lepas masak.. hihihi

Kak Rose said...

mmg sedap sangat bila dah ditambah mayonis tu kan... gebus je, 2 keping pun boleh sekali jalan!

Cheq Sue said...

kak tun..jangan lupa amik award ni ye..
http://chequesuechekgu.blogspot.com/2011/10/versatile-blogger-award-nani-yana.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...