Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, September 21, 2011

KUNG PAO CHICKEN AGAIN...

Menu tambahan malam tadi. Tun masak Kug Pao Chicken ni digandingkan bersama Ikan Patin Tempoyak. Kung Pao Chicken ni untuk anak2 sebenarnya..sebab Ikan Patin Tempoyak tu agak pedas..budak2 tak layan sangat..hehehehe.... Jadi, nak imbangkan menu, Tun tambah ajelah lauk ni.. Masakan ulang tayang yang mana Tun pernah buat sebelum ni..
 Resipi dari Cik Wan Taipei, seperti biasa Tun dapat idea dari Kak Nor. Terima kasih semua..minta izin kopipes sekali lagi yer.. :)

KUNG PAO CHICKEN
sumber : Cik Wan Taipei
sumber : Kak Nor


Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepung jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil

Cara:-
goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepung jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.

Cara-cara:
  1. Tinggalkan 1 sudu besar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu.
  2. Kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng.
  3. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
  4. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan.
  5. Sedia untuk dihidang.
## Tun ikut Kak Nor tambah capsicum hijau dan merah yg dipotong dadu.

7 comments:

Liza said...

mmm...menyelerakan, peberet Liza ni..nak sepinggan...hihihi

Naz said...

Emmm lama dah tgk resepi ni since kenal dunia masakan dari internet tp tak pernah try.. Menyelerakan sungguh nampaknya tu..

Rabiatun Adawyah said...

Liza: sedap, kan..sesekali masak camni.. :)

Rabiatun Adawyah said...

Naz: betul..Tun pun duk ulang buat ni :)

Nora said...

wah...nak cuba la hari ni tp kalau tak letak gajus bole ker?lg satu sos cili bawang putih tu xder la..bole guna sos cili thai ker?

Rabiatun Adawyah said...

Nora: boleh ajer klu takde gajus tu..tak payah letak..hihihi... saya pun takde stok sos cili thai (bawang putih)..sy guna sos cili biasa ajer..

ann said...

peberet ann ni.. mudah tapi mmg sodap.. bleh le buat ulangan memasak this week.. gara2 tengok blog akak ler nih... huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...