Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, April 4, 2011

Roti Goreng Rangup lagiiii...

~Assalamualaikum~

Selamat petang...dah minum petang ker? Petang ni Tun cuma buat Roti Goreng Rangup resipi Hasue. Kami sekeluarga memang suka dengan resipi ni..roti pun rangup..cuma kali ni Tun tak tambah seaweed, Tun gantikan dengan 1 tbsp bijan hitam untuk 1/2 daripada resipi ni. Sedap tau resipi Hasue ni. Mohon letak resipinya kat sini sekali lagi yer Sue. Terima kasih banyak...sememangnyer resipi mudah ni dah jadi menu feberet family...tq Sue.
Roti Goreng Rangup
By: HaSue@myresipi.com

Bahan-bahan:
* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya ~ Tun guna inti kacang merah*
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air*
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning
* 1 tbsp bijan hitam ~ Tun tambah untuk 1/2 adunan ni
Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan. (Tun masukkan bijan tu sekali dalam adunan)
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
Nota biru:
1). Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..
2). Tun buang kerak dan potong empat roti tu. Kecik2 sedap digigit dan rangup.

6 comments:

Chik Mimi said...

Tun akak jugak tertinggai ketapi belum try test

Wanieyra said...

Sedap ni...ira pun dah pernah buat tp tak sempat nak ambil gambar...cepat sangat kena ngap kat budak2 kat rumah tu....

Rabiatun said...

Chik Mimi: takper kak..leh wat nnt :)

Waniera: Sedap kan Wanie..kami pun suka juga ni.

Anonymous said...

masa bile kite tabur biji bijan tu..masa gaul or lepas goreng?

siti asiah said...

nak cube lah..cam menarik je tu...;)
salam kenal..

Rabiatun Adawyah said...

Anonymous : Tun masuk ajer bijan tu masa adun, celup roti terus goreng. Jadi bijan tu melekat pada roti.

Siti Asiah: Salam kenal juga. Silakanlah..dah masuk list antara yang mudah disediakan tapi tetap sedap dimakan. Terima kasih yer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...