Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, April 13, 2011

Lempeng Pisang Lapis Kelapa TokMi

~Assalamualaikum~

Selamat pagi semua..dan breakfast ker? Awal lagi ni...baru pukul 8.00 pagi..time ni kat rumah Tun reda la sikit sebab anak2 dah ke sekolah..Tinggal Mr. Hubby ajer yang tengah bersiap ke Office setelah balik dari hantar anak2 ker sekolah. Hidangan breakfast pun dah siap di meja..baru ler Tun ada masa kejap ngadap lappy pinjam ni..hihihi...
Pagi ni agak banyak sikit masak sarapan. Ada Nasi Goreng TokMi, Bihun Goreng, Apam Beras dan juga Lempeng Pisang Lapis Kelapa TokMi. Pagi ni nak citer pasal Lempeng Pisang Lapis Kelapa TokMi. Resipi asal dari mak Tun sendiri. Makanan yang menjadi nostalgia buat Tun semasa kecil dahulu. Lempeng ni boleh kata Mak Tun selalu juga buat selain apam pisang dan juga cekodok pisang. Tun amat suka dengan lempeng ni sebab ianya ada aroma daun pisang. Terima kasih pada mak Tun atas resipi dan juga menghidangkan kami makanan yang lazat2. Semoga Allah swt sentiasa memberi kesihatan dan keberkatan yang berpanjangan buat Mak Tun. Amin.
Okies, tanpa membuang masa, jom tengok resipinya:
Lempeng Pisang Lapis Kelapa TokMi.

Bahan:
1 mangkuk besar pisang lenyek (anggaran dalam 1 sikat)
1 -+ cawan tepung gandum - (jangan masukkan semua, agak2 dengan pisang yer)
2 tbsp gula ~ jika perlu (Tun tak letak sebab pisang yg Tun guna dah cukup manis)
secubit garam
1 mangkuk kecil kelapa parut + sedikit garam
Daun pisang secukupnya.

Cara:
1). Gaulkan pisang yang dilenyek dengan secubit garam, gula (jika perlu). Kacau sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau. Agak2 bancuhan seperti nak buat cekodok pisang. (Sukatan untuk gandum tu, Tun agak2 jer klu perlu dikurang atau ditambah silakanlah sebab bergantung kepada banyaknyer pisang yang digunakan). Biarkan 30 minit.

2). Panaskan kuali leper (flat pan - kalau orang Kelantan panggil ni ceper). Letakkan 1 helai daun pisang.

3). Letakkan adunan di atas daun pisang dan ratakan. Biarkan seketika. Kemudian letakkan pula kelapa parut di atasnya. Bolehla letak 1 lagi lapisan adunan pisang di atas kelapa tadi dengan menutup semua bahagian kelapa. Biarkan lapisan bawah masak. Jika daun pisang tu macam nak terhangus, boleh tambah 1 helai lagi daun pisang di bawahnya.

4). Letakkan 1 helai daun pisang di atas adunan tadi dan terbalikkan kuih supaya sebelah lagi masak. Pusing2kan kuih di atas kuali supaya kuih masak rata. Setelah masak, bolehla ianya diangkat dan sejukkan sikit barulah dipotong.
Jemput makan...



3 comments:

norlie said...

salam ziarah..dan salam kenal, sedap lempeng tu saya suka..terkenang zaman kecil..

Ayu said...

Assalam tun,
nampak sedap lempeng ni..kak minta izin c&p kalau dicuba ya..

Rabiatun said...

Norlie: W'salam..dan salam kenal juga. Yer, resipi ni juga nostalgia buat sy..sebab tu sy letak nama TokMi sempena nama mak saya

Kak Ayu: W'salam kak..silakan kak, semoga menepati citarasa akak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...