~Assalamualaikum~
Tayangan lewat malam..takpelah kan dah jauh malam pun menayang kuih ni..hihihihi..Dah lama Tun teringin buat kuih ni, lebih2 lagi Apam Beras memang menjadi kesukaan orang dalam rumah ni, nak2 si kecik yang bernama Muqri ni harr..hehehehe..
Akhirnya terlaksana jugalah apa yang dicitakan. Rasanya dah berderet rumah kenkawan buat apam ni, Tun baru ler nak menggodeknyer..hehehe.. Apapun terima kasih banyak kepada penyumbang resipi Cha MyR. Memang sedap pun apam ni..kalau wat niaga sah2 laku ya amat..hehehe...Mintak izin letak resipinya kat sini yer. Terima kasih banyak2.
Apam Beras
by : Cha MyR
source : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan-bahan
2 cwn nasi2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar - Tun tak letak
3/4 cwn gula pasir (Tun letak 1½ cwn gula pasir)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara1). Blend nasi dan air sehingga hancur.
2). Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3). Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4). Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5). Perap selama 3 jam.
6). Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7). Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. siap!
Note Rabiatun:2). Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3). Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4). Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5). Perap selama 3 jam.
6). Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7). Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. siap!
Yang ni dah ruper muffin pun ader, kan..hihihi..
1). Tun sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum diisikan dengan adunan.
2). Semasa blend nasi tu, kena letak sedikit demi sedikit airnya supaya nasi senang hancur.
3). Panaskan air kukusan terlebih dahulu dan tudungnya hendaklah ditutup dengan kain bersih supaya air tidak menitik ke atas kuih.
Ni plak sajer gatai tangan nak letak dalam paper cup..hasilnyer, apam beras tu melekat kat papercup tu..tp bukanlah tak boleh dimakan, cuma terasa sayang saki baki kuih yang lekat kat kertas tue..hehehehe..
3 comments:
gebunya apam tu..cantik kombinasi warna nya...
cantik naiknya apam beras tu...color pun lembut menawan...i like..!
Nazrah: gebus..sy pun suka juga.. pasal warna tu sajer gatai tangan nak buat colourpul..hihihi
Iza: tq za..nilah pertama kali sy mencubanya. Alhamdulillah menjadi :)
Post a Comment