Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, March 17, 2011

Puding Karamel Lapis Special


~Assalamualaikum~

Selamat pagi semua...takpe kan pepagi hari lagi dah tayang dessert untuk hari ni...aci tak? hihihi...

Kisahnyer semalam singgah rumah Kak Nor, nak cari resipi puding buih, kebetulan plak Kak Nor letak N3 pasal puding Karamel Lapis Special ni..apalagi tanpa fikir panjang terus save resipinya..Malam tadi terus godek..alhamdulillah senang dan cepat juga membuatnyer..ingatkan macam susah sebab banyak step, kan.

Resipi hasil x'periment Kak Nor di atas permintaan seseorg berdasarkan picture ajer tauuu...Kak Nor memang best bab2 puding ni. Okies kak, Tun mintak izin tempek resipinya kat sini pula. Terima kasih buat kak Nor dan adik yang request tu :D
Sedap! gabungan puding buih dan puding Karamel Choklat tu memang kena..best!

PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL
resipi : K.Nor@SecubitGaram

K.Nor guna casserole saiz 22cm x 22cm ~(Tun guna loyang 8" ajer)
Bahan utk puding:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco

Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas
Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

chocolate rice secukupnya
Utk membuat gula hangus:
  1. Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
  2. Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
  3. Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.

Utk membuat puding karamel:
  1. Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
  2. Satukan susu, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
  3. Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
  4. Bahagi dua adunan.
  5. Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
  6. Kacau sebati dan tapis.
  7. Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
  8. Kukus lebih kurang 10 minit.
  9. Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2.
  10. Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
  11. Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
  12. Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.


Utk membuat puding buih:
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar2 menjadi suam.
  2. Bila adunan agar2 dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
  4. Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk2/gores2 sket bahagian atas puding dgn garfu (supaya adunan puding buih melekat pd puding karamel bila dah sejuk nanti)
  5. Tuangkan adunan puding buih ke atasnya.
  6. Sejukkan kembali dalam peti ais.
  7. Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..
Update: Oleh kerana agak ramai yang bertanya macamana cara Tun keluarkan puding ni dari loyang, Tun update kat sini yer. Bukannyer apa, takut termiss baca comment kawan2 yang nak mencuba, tapi takde caserol. "Setelah masak dan sejukkan. Sisipkan pisau atau spatula di sekeliling loyang tadi. Pastu guna pinggan yang ringan atau loyang (pastikan pinggan yang mcm mangkuk sikit sbb senang nak keluarkan karamel tu nnt)letak atas loyang puding..terbalikkan..then angkat sedikit loyang puding supaya air karamel keluar, pastu tuang air karamel tu ke dalam mangkuk. Keluarkan loyang puding, ambik pinggan hidang letak atas puding, terbalikkan sekali lagi. tuangkan air karamel di sekeliling pinggan puding td. Siap!"



22 comments:

Mariah Binti Abd Rahim said...

salam... kak....... dah lapar ni... mcm mane ni... ;)

K.Nor said...

salam tun, subhanallah.. terpegun akak tau.. baru smlm pos resipi, hari ni dah siap tun buat.. terharunya.. tak sangka betul..

sedap ke tun? camna tekstur puding karamel dan puding buih tu.. ngam2 tak resipi yg akak buat tu? aduh... cantiknya bila tun letak choc rice + love2 tu.. sweet jer :)

mekasih ya sudi try resipi experimen ni .. mmmmmmmuah :)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Tun, tanya siket, nanti bila dah keseluruhan siap, gula hangus tadi akan ada kat atas or bawah..dan bahagian yang tebal yang ditabur choc rice tu puding buih yaaaaa...? ish..susah betul nak tangkap ni...

Rabiatun Adawyah said...

Mariah: W'salam...mee goreng ada lagi ni..meh la..

K.Nor: W'salam kak..anak murid pertama htr report ehh kak..apamcm cikgu, lulus ker ni? hihi..mekasih kak.
Sedap sekali! struktur memang ngam2, semua perfect kak, manis pun just nice..tq posting resipi ni kak..lebiuuuu..

Rabiatun Adawyah said...

Sue: W'salam Sue, gula hangus tu kat bawah sekali..dan puding buihnyer kat atas...iaitu yg tabur choc rice tu ler..betulla yg Sue ckp tu.

K.Nor said...

tun .. alhamdulillah... akak berdebar gak post resipi tu, kut2 org lain buat tak menjadi, tak kena dgn selera.. tp bila tengok hasil perdana tun ni.. ya Allah .. syukur sgt.. dan siap tunjuk ke cik abg, dia pun sama naik, happy tengok hasil kerja k.nor dpt diikut org lain.. mekasih tun.. :)

Rabiatun Adawyah said...

tq akak..anak2 Tun pun suka sangat..siap ckp nnt buat lagi bila besday dia tak lama lagi..dah ada yg request nak lagi tu kak...alhamdulillah..berbaloi akak bersusah payah wat x'periment tu...hihhihihi... :D

Kak Am said...

nmpk sedap & cntiklah tun..

Unknown said...

salam kak coklat emulco 2 mcmmane?

Rabiatun said...

Kak Am : terima kasih kak, pasni leh la akak tayang puler .. :D

Hamila: W'salam, coklat emulco tu jenis cecair tapi pekat. ada dijual kat bakery shop.
but, yang ni akak tak masukkan pun choc. emulco sbb takde stok..cuma akak lebihkan sikit choco powder tu. akak letak dlm 1 1/2 sudu makan.

Maza said...

perghhhhh...ngancam tun!...ni kena cuba gak nih...mekasih sudi berkongsi resepi pada atun dan k nor...

HaSue said...

santekkk2..tak sabar nak try gak nih...adehh..

Unknown said...

ok tq kak...

Anonymous said...

salam,nk tya utk p.karamel tu,slps adunan 1st tu masak n dkeluarkan,then masukkan adunan ke-2(campur serbuk koko) tu,kukus asing ke kukus sekali dgn adunan 1st?klau asing bila campur adunan 1st n ke-2..maaf la xjelas ckit..

Rabiatun Adawyah said...

Kak Maza: dah cuber ke kak? jadi tak?

Hasue: Mekasih...cuba try test le Sue:)

Hamila: Welcome.

Anomymous : w'salam, macam ni, masukkan adunan plain tu dlm loyang dan kukus adunan yang plain tu dulu, bila dah masak, keluarkan loyang td dr periuk pengukus..then tuang pula adunan karamel yg campur coklat tu pula (di atas adunan plain)..kukus sekali lagi hingga masak.

Anonymous said...

ohh..mcm nie rupanye,,,
tq ye resepinye...
nnt sy try buat...
doakan biar mnjadi yea..

Idah said...

wah..td mata dah ngantuk tgk caramel ni..dah segar balik..hehe..bila nak wat sendiri ni....hrpnya dpt wat selepas kuar dr hospital laaa.

Mrs Hakim said...

salam kak tun... nak tanye, tgk dr blog kak nor adunan letak dlm casserole. kak tun buat dlm loyang bulat 8". pas dah masak tu, kak tun kuarkan dr loyang ye? mcm mana nak bagi cantik kuarkan dr dlm loyang ye kak??

Rabiatun Adawyah said...

Anonymous: sama2..insya-Allah..usaha tangga kejayaan..selamat berjaya.

Rabiatun Adawyah said...

Idah: kenapa Idah sampai masuk ward tu, tak sihat yerr. Semoga cepat sembuh yer..jaga kesihatan dulu..masak2 ni pikir kemudian yer. :D

Mrs. Hakim: W'salam. Yer sbb akak takde caserol yang boleh muat dalam periuk kukus..tu yang bantai ajer la guna loyang..hihihi.
Senang ajer dik, setelah masak dan sejukkan. Sisipkan pisau atau spatula di sekeliling loyang tadi. Pastu guna pinggan yang ringan atau loyang (pastikan pinggan yang mcm mangkuk sikit sbb senang nak keluarkan karamel tu nnt)letak atas loyang puding..terbalikkan..then angkat sedikit loyang puding supaya air karamel keluar, pastu tuang air karamel tu ke dalam mangkuk. Keluarkan loyang puding, ambik pinggan hidang letak atas puding, terbalikkan sekali lagi. tuangkan air karamel di sekeliling pinggan puding td. Siap!

harap membantu yer.

Anonymous said...

salam.akk nk tnya kn gula hangus tu cair..tuang layer bwh skli kn...so cmne?dia kers ke nnti sblm msk layer ke-2 tu?

jasrine2 said...

As salam,
wah sedap nya....nak cuba try juga resepi ni...tapi tak tau la menjadi ke idak....harap2 nya jadi la....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...