Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, March 18, 2011

Bun Oat Milo Chocolate Chips

Asalnyer Tun nak buat bun sweet corn, tapi cari2 resipinyer tak jumpa plak..sweet corn ada sikit lagi tu dalam esbox..ada nampak kat rumah Ros Onigiri, ntah naper takleh nak masuk plak..ditambah lagi line tenet tak berapa nak ok skang ni..Semalam nak tinggal komen kat blog kak Nor, atau nak link pun tak boleh..huhuhu..seksa betoiii lah.

Okies, berbalik kepada bun Oat Milo ni, memang sedap betui, gebus sunggusss di tambah lagi ada chocolate chips tu, perghhhh..Tun duk ngadap lappy ni pun tak sedar dah habis 3 ketui tauuuu..ishhhh... >___<

Untuk yang ni, Tun tak guna Milo, sebab kat rumah ni memang takde Milo, lagipun kami kurang gemar minum Milo..adalaa sesekali kalau teringin, baru beli..itupun kalau nak buat kuih, cookies, kek ataupun Milo ais..harrrr baru ler gi cari kat kedai. Kay, untuk resipi ni, Tun gantikan Milo tu dengan Ovaltine. Hasilnyer memang sodapp!

Jemputlah, panas2 lagi ni..hidang dari atas redaiii.. ^__^

Jom cek resipi..Mintak izin kat Ros Onigiri untuk akak letak resipinya kat sini buat rujukan lain kali pula yer..Insya-Allah akan guna lagi resipi ni. Terima kasih banyak di atas resipi yg mabeles. :D

Tengah naik nih..Tun campurkan baki bancuhan Ovaltine untuk jadikan ia marble sikit.

Dah siap di gliss dan ditabur dengan choc. chips

bun oat milo coklat chip

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( Untuk Doh)

350gram tepung roti
40gram Oats segera ( ros guna jenama quaker oats plastic warna biru tu)
2 sudu besar water roux
3 sudu besar milo ( dibancuh dengan 2 sudu besar air panas) ~ Tun gantikan dengan Ovaltine 3 1/2 tbsp.
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
sedikt coklat chip
2 sudu kecil yis
180 ml susu segar suam@ air suam

* untuk gliss*

2 sudu besar susu segar +beberapa titik madu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux

masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat chip dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh kecuali coklat chip di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Masukkan coklat chip dan uli sebentar, selepas itiu bahagi doh pada 14 bahagian kecil , dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat . Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan bancuah madu+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutannya. Selamat Mencuba.

Sedap dijadikan sarapan dan dimakan begitu sahaja.


2 comments:

Nazrah said...

hmmm...tersusun cantik jer roti mu itu..pasti sedap ada choc chip tu...

Anonymous said...

mak aii,,sedapnyer...nk try la buat nnti :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...