Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, January 25, 2011

Donut Keledek

Malam tadi my hb kena stay up kat office..takpelah..lagipun cik abg skang ni dah lama tak kena..sesekali apa salahnya. Katanya awal pagi nanti baru balik. Tun mengiyakan jer lah..sambil duk pikir nak buat kuih apa la untuk bekpes esoknyer tuh.

Dalam kepala ni memang dah lama teringin nak buat donut keledek. Apatah lagi dah banyak kali tengok teman2 blogger duk wat posting pasal donut keledek ni. Resipi asalnya Donut Kentang dari Ros Jintan Manis..Tapi telah diolah oleh kak Nor menggunakan keledek. Tun pula...followwwww..hhihihih.. Resipinya pun dah lama ada dalam list. Terima kasih untuk buat Kak Nor dan juga Ros di atas resipi ni yer.
Sejukkan sebelum disimpan di dalam fridge.

Petang semalam, dah selesai sumer masak for dinner, terus jer masukkan bahan dalam BM...onkan tunggu jer sambil tarah kain yang membukit tu. Mata nengok tv dengan anak2. Dah siap sumer kerja2 lain..pergi dapur sat, mak aiihhh...dia punya adunan naik sampai melimpah keluar mixing bowl tuh..hihihi nasib masa utk doh tu naik dah nak habis tinggal 7 minit lagi..takpelah..amik keluar terus tekan2 kasi keluar angin.

Apabila siap terap sumer tu, tunggu jap kasi doh naik lagi sekali...yang nak citernyer ..dalam hati dah seronok dah ni tengok donut yang di goreng gebus betul dah la warnanya pun cun..warna asli ubi keledek. Apabila tiba nak habiskan goreng.. tinggal dalam 5 bijik donut, tetiba plak api dapurku kian mengecil..waduhhhh, sure dah slow2 camni nak kehabisan gas plak.huhuhuhu...tengok kat wet area, masih ada 1 tong gas yang belum digunakan..ishhhh, malasnyer nak angkat. Sudahnya, Tun masukkan jer dalam oven, letak minyak masak sikit. Wakakakakaaa..ia stil gebu jugak, tapi bahagian atas yang tak kena minyak tu, keras sikit la kan..macam roti.

Okies la..taknak bebel banyak2 pagi2 ni..jom kita tengok resipinya. Tq pada kak Nor dan juga Ros (Onigiri) di atas resipi ni..mintak izin yer nak C&P kat sini pula..mekasih..

DONUT KENTANG
by Ros Jintan Manis
sumber: Rabiatun@Sweettouch
Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
* Oleh kerana Tun juga buat 2 adunan, jadi Tun ikut sukatan yang Kak Nor beri. tq yer kak.
sumber: K.Nor@SecubitGaram
500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam ~ k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket (tang ni dah Tun kurangkan jadi 2 tsp ajer, hasilnya tetap gebus)

2 comments:

K.Nor said...

laaa... mcm k.nor gak nih, kehabisan gas masa goreng cendawan.. hihi

gebus donut tu, kaler pun cantik.. natural beauty lg .. hehe

Rabiatun Adawyah said...

iyyer ker kak..hihihi..serupa la kiter. Insya-Allah, lain kali nak cuba resipi cendawan goreng hot & crucy akak tu. mesti sodap.

Betul ckp akak..natural beauty tuee..hihihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...