Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, January 31, 2011

Bendi Sambal

Salam.. 1 menu mudah dan cepat..Tun suka masak nih sebab bendi tu terasa fresh, takde lembik sangat ataupun terlalu masak. Bila "geget" tu..ishhh...sedaplah boleh kata..hihihi..

Resipinya:

Bendi Sambal
by Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
8 batang bendi - dibersihkan dan ditoskan
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
garam dan gula
minyak untuk menumis
sedikit air
Cara:
1).Sediakan air dari peti ais (air sejuk). Kemudian, celur seketika bendi yang telah dibersihkan tadi. Agak2 bendi tu lembut untuk digigit yer. Then, keluarkan bendi yang dicelur dan masukkan ke dalam air sejuk. Biarkan seketika..kemudian toskan dan ketepikan.
2). Tumbuk cili merah dan bawang hingga lumat. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk.
3). Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4). Susun bendi tadi tu ke dalam pinggan hidang, kemudian tuang sambal yang telah siap dimasak tadi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...