Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, November 7, 2009

Udang Goreng Kunyit

Masakan bila time malesss..muahahahaa....resipinya seperti di bawah yer atau leh refer sini.
Udang Goreng Kunyit
Bahan: (1 family)
1 mangkuk udang-dibersihkan dan ditoskan)
1 biji cili merah dan hijau
1/2 biji bawang besar-dimayang
sedikit serbuk kunyit dan garam
sedikit cili api-optional
3 tbsp minyak masak
Cara:
1). Udang digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam - agak2 jangan terlalu banyak pula.
2). Masukkan udang di dalam kuali, dan buka api. Masak udang sambil kacau sehingga udang tadi agak masak dan kering sedikit airnya, masukkan pula sedikit minyak masak.
3). Kacau hingga udang agak garing dan masukkan bawang besar. Kacau mesra. Bila bawang sudah layu, masukkan cili . Kacau sekejap, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

7 comments:

LOVE said...

KakTun, nak udang tuh! hihi ;)

nurindah said...

Salam kak,
apa khabar? udang2 yang comei. ada lagi kak?

Rabiatun said...

Hi Love, boleh-boleh..silakan amik yer.

Rabiatun said...

Salam Nurindah..bestnyer nama u. Akak sihat. Amik ler...thanks singgah rumah akak ni yer.

E-na Zarina said...

Simple tapi sedap..dan yg penting cepat nak sediakannya...ada lg ker..he he

duapulolapansen said...

cuba buh serbuk jintan manis skit..wangi

indahhouse said...

salam kak rabiatun,
udang meesti sedap!
Selamat hari Raya AidilAdha, buat kak Rabiatun sekeluarga :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...