Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, September 16, 2009

Chocolate Moist Cake

Buat Love, inilah deco yang tak seberapa dari seorang amatur seperti ku. Sebenarnya aku kurang berpuas hati dengan hasil ni kerana masa yang terhad membuatkan hasilnya kurang memuaskan hatiku. White chocolate tu pun terpaksa aku cairkan dengan tidak mengikut piawaian kerana masa yang tidak cukup untuk ia mengeras...masa ku paipkan ia keras so hasil text tu tak berapa cantik. Walau bagaimanapun aku bersyukur kerana apa yang ku impikan dapat dilaksanakan. Semoga MIL ku gembira dengan hasil tangan menantunya ini. Amin..
Aduihhh...letih dan mengantuk pula rasanya hari ni..Malam tadi tak tidur aku dibuatnya..Kalau tak tidur beribadat tu baguslah jugak ni tak tidur sebab buat cake..huhuhuhuuu...apaleh buat masa tak cukup untuk aku siapkan semua. Oleh kerana kesiankan MIL, aku buatkan jugak chocolate cake kegemarannya. Malam nanti nak dihantar ke rumah SIL kat Semenyih pula..besok pagi aku dah nak balik kampung aku..huihhh..seronok tak terkira.hehehe...
Untuk Chocolate Moist Cake kali ni, aku try deco guna ganache..dah puas ku survey macamana nak buat roses dari coklat.,yang penatnya, chocolate ganache tu kena tunggu keras sendiri then baru leh buat rosnyer..dahlah pagi ni aku masih lagi berkerja..masa untuk aku main2 dengan ganache ni kurang..so, tengoklah apa yang jadi. Tu pun tak siap sepenuhnya lagi sebab tak sempat, bahagian atas cake aku belum siap deco...nak take picture pun tak sempat tadi.
Kepala sekarang ni pun dah terasa weng..wengggg...kat office nih.huhuhuh...
Balik kang nak siapkan bahagian atasnya then nak buat lagi kek untuk Mummy ku yang tercinta.. special cake for her aku buat Peanut Butter Cake sebab my mom sukakan peanut butter.hehehehe..dan tambahannya 2 biji chocolate moist cake dan 2 biji marble cake..Ntah ler sempat wat ke tak ni.
Aduihhh...jenuh aku mencairkan coklat untuk dapatkan bancuhan yang ideal..ni pun coklat tu masih kurang pekat lagi untuk mendapatkan kelopak yang cantik elok. Dahlah tak pernah attend sebarang kelas deco..aku main taram jer.
Ni dah siap dalam kotak untuk delivery.......

3 comments:

HaSue said...

Akakkk...cantiknyaaa kek ceklat akak nih... bunga ros tuh pun kemas jek..akak guna resepi sendiri ek?tererr laa..sue lum try lagik wat roses2 nih.heee...nanti akak leh demo kat sue la cara mendeko yek.hihi..syabas,kak syabas...mesti mertua akak bangga punya lah..makin sayang dia kat menantu sorg nih..hik hik..selamat hari raya kak.. balik kampung hati2 yer :) semoga selamat sampai ke destinasi

hana said...

wowwwwwww!!! ini bukan amatur lagik nih! nih dh prooo!!! tahniah k.tun! cantik cantikkkk! dh bleh wat tempahan! kita bab deco coklat yg nih mmg ancussss! lelagi kelopak rose tuh! ngeeeeee...

Love2cook Malaysia said...

Lovely! Cantik sungguh! Like kakHana said, ni bukan amatur...dah pro level!
Uish, bilalah Love nak mula buat kek dan kukis erk? kihkihkih!
KakTun, have a safe journey ya! Raya wishes to all in ur family! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...