Pagi ni buat Egg Benedict resipi Zurin MyR. Lama dah tak buat ni. Sedap jugak breakfast makan dish yang simple tapi agak kenyanglah. Sesuai untuk alas perut.Nak buat pun senang. Mmmm...nanti ku postkan more picture ye dan ku pastekan resipinya kat sini....ada kerja pulak yang kena disiapkan..jumpa sat lagi nooo....
Buat 2 sets je..untuk my hubby and me...si abang dah ke sekolah dan adik2nya belum bangun lagi..so takyah buat banyak2 cukup untuk kami berdua je. Lagipun my maid dah goreng bihun pagi ni...tak sempat aku bangun masak breakfast, dia dah buat dulu..camtulah my maid kalau malamnya tak dipesan..ada kalanya ok dan ada kalanya kurengggg..malaslah nak cakap banyak...kan. Oklah, kat bawah ni aku ada sertakan resipi Egg Benedict kepada sesiapa yang nak cuba, leh la cuba yek. Kepada Zurin, thanks. akak C&P ye kat sini.
Egg Benedict
Bahan: (2 orang)Cara:
Egg Benedict
Bahan: (2 orang)
- 2 biji telur
- 2 keping roti putih - dibuang tepinya
- lada hitam - freshly cracked
- Sedikit butter atau majerin
- Garam
- Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
- Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
- Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
- Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
- TIPS: Ni berdasarkan apa yang ku buatlah ye...Firstly aku spread butter pada souffle (bekas yang digunakan untuk bake) then spread butter pada roti. Letak dalam souffle , then tabur sedikit garam dan juga lada hitam. Pecahkan telur then baru bake hingga tahap yang kita naklah kan..samada telur tu nak 3/4 masak ke atau masak sepenuhnya..tapi memang sedap yang cair2 lagilah.heheehe.. Oklah..selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment